Pakatan Rakyat (PR) sedang berusaha mencari calon alternatif kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Menteri Besar (MB) Selangor.
Usaha PR yang dilihat langkah untuk memuaskan hati semua pihak itu didedahkan seorang pemimpin tertinggi, lapor TheMalaysianInsider
Katanya, seorang pemimpin PKR sudah dikenal pasti tetapi tidak boleh dinamakan sehingga konsensus dicapai di antara PKR, DAP dan PAS.
Sumber itu turut memberitahu, nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali turut dicadangkan tetapi ditolak oleh kebanyakan pemimpin PAS.
"Calon ketiga haruslah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR, pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim dan seorang yang boleh diterima MB Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim," kata sumber itu.
Sumber itu menambah, rekod pencapaian yang baik calon berkenaan turut diambil kira.
Jelas sumber itu lagi, mata kini tertumpu kepada ADUN Melayu-Islam PKR Selangor yang dilihat rapat dengan Anwar.
Bagaimanapun sumber mendedahkan, Anwar yang juga ketua umum PKR tidak dapat menerima calon alternatif untuk jawatan MB Selangor kerana masih memegang keputusan majlis pimpinan tertinggi parti untuk menggantikan Abdul Khalid dengan isterinya, Dr Wan Azizah.
"Namun, ini satu-satunya cara untuk menyelesaikan isu dalam keadaan baik dan memenuhi kriteria ditetapkan iaitu dia haruslah daripada PKR, diterima Abdul Khalid dan juga Pakatan,” kata sumber itu.
Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan jika Abdul Khalid digantikan, ia mestilah daripada PKR dan bukan PAS.
PAS sendiri berpecah dalam isu menggantikan Khalid dengan Dr Wan Azizah kerana dua sebab: beliau seorang wanita yang menyebabkan beberapa pemimpin negeri tidak selesa dan beliau tidak boleh membuat keputusan sendiri kerana Anwar adalah suaminya.
Pada Jumaat, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta semua parti politik menyatakan pendirian mereka sama ada wanita boleh dilantik sebagai menteri besar sebelum bercakap tentang menggantikan ketua eksekutif Selangor.
Guan Eng sebelum ini memberi amaran PR mungkin berpecah jika parti komponen mengenepikan keputusan yang sudah dicapai bersama.
Abdul Khalid sebelum ini sudah memberikan indikasi dalam beberapa pertemuan di antaranya dan pemimpin PR bahawa beliau tidak akan berundur sekiranya Azmin menjadi penggantinya.
Sokongan Abdul Khalid penting untuk memastikan beliau berundur secara terhormat tanpa memerlukan proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Astro Awani
Sat Aug 02 2014
PR cari calon alternatif ganti Wan Azizah - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.