Annuar Musa sahkan Presiden UMNO ke Istana Negara

Fareez Azman
Februari 23, 2020 10:25 MYT
Rata-rata ahli Majlis Tertinggi UMNO enggan mengulas ketika ditemui media selepas selesai mesyuarat. - Astro AWANI
Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sahkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Istana Negara.
Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO sebentar tadi telah memberi mandat kepada Presiden untuk menyokong pemimpin parti lain.
Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan bergegas keluar dari Ibu Pejabat UMNO sejurus selesai Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Media turut dimaklumkan oleh sumber daripada salah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO untuk bergerak ke Hotel Sheraton, Petaling Jaya untuk perkembangan lanjut malam ini.
Dikatakan, satu sidang media khas akan dibuat di lokasi itu.

#MesyuaratKhas Mesyuarat MT UMNO selesai. Bagaimanapun, rata rata Ahli MT enggan mengulas. Difahamkan Presiden UMNO telah bergegas keluar dari Ibu Pejabat UMNO. @501Awani #AWANInews pic.twitter.com/lUgEf1UKSw

— Fareez Azman (@FareezAzmann) February 23, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada awal hari ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui berkata, beliau diminta oleh Ahmad Zahid pada sebelah pagi untuk memanggil semua ahli MKT menghadiri mesyuarat, dipercayai berkaitan situasi politik terkini membabitkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).
BACA: UMNO adakan mesyuarat khas petang ini
#Ahmad Zahid Hamidi #Istana Negara #Pakatan Harapan #politik #Presiden UMNO #umnio