KOTA KINABALU:Parti-parti politik khususnya di Sabah perlu lebih matang dalam mencatur hala tuju politik mereka apabila melibatkan emosi rakyat negeri itu yang kini terbeban dengan penularan wabak COVID-19.
Pilihan Raya Kecil Parlimen P185 Batu Sapi perlu dijadikan sebagai langkah pertama parti-parti politik untuk bertindak matang, kata Penganalisis politik Mohammed Raheezal Shah Abdul Karim.
Beliau berkata, kematangan politik tersebut turut melibatkan parti-parti yang memerintah kerana terdapat desas-desus mengatakan bahawa PRK tersebut mungkin ditangguh atas sebab pengisytiharan darurat di negeri itu.
"Saya rasa tidak perlu sampai ke tahap isytihar darurat untuk Sabah hanya kerana hendak mengelakkan PRK berlaku.
"Barisan Nasional (BN) dan Parti Cinta Sabah (PCS) telahpun menyatakan tidak akan menyertai PRK ini.
"Cuma yang tinggal hanyalah parti seperti Parti Bersatu Sabah dan beberapa lagi parti belum nyatakan sokongan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
Raheezal bagaimanapun tidak menolak situasi semasa COVID-19 semakin memburuk dan belum menunjukkan ia akan melandai dalam tempoh terdekat, namun menjangkakan proses demokrasi itu akan dilaksanakan lebih awal.
"Mengambil kira keadaan COVID-19 yang semakin teruk di Sabah dan mengambil kira mandat cuma tinggal dua tahun setengah, bukan sahaja saya malah ada ramai berpendapat ianya akan diadakan lebih awal.
"Oleh itu, jika kematangan dan kemanusiaan dijadikan asas menjelang PRK Batu Sapi, saya kira adalah lebih baik dibiarkan Warisan menang tanpa bertanding," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Pentadbiran Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun ketika dihubungi, berkata fokus pentadbiran kini bertumpu kepada usaha menangani isu COVID-19.
"Buat masa ini pentadbiran negeri sedang sibuk mengurus masalah COVID-19 hingga tidak terfikir tentang apa-apa yang berkaitan dengan PRK Batu Sapi," katanya.
Sebelum ini Suruhanjaya Pilihan Raya (ERC) dalam kenyataannya, berkata PRK Batu Sapi boleh ditangguh jika kerajaan mengisytiharkan darurat di negeri itu.
Satu mesyuarat khas berkaitan urusan PRK Batu Sapi dijadualkan berlangsung jam 10 pagi esok.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Oct 12 2020
SPR sebelum ini berkata PRK Batu Sapi boleh ditangguh jika kerajaan mengisytiharkan darurat di negeri itu. -Gambar fail/ Bernama
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Ordinan, proklamasi darurat Parlimen Batu Sapi, Gerik dan DUN Bugaya dibatalkan
Perintah pembatalan itu mengikut Fasal (2B) Perkara 150 dan Fasal (1) dan (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
Darurat langkah terbaik kekang COVID-19 - Pengundi Batu Sapi
Pembatalan PRK Parlimen Batu Sapi susulan Proklamasi Darurat yang diisytihar YDPA merupakan langkah terbaik, jelas pengundi Batu Sapi.
Batu Sapi: Hak rakyat pilih pemimpin perlu dilaksana selepas darurat - Warisan
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata parti berpendapat setiap rakyat di Batu Sapi perlu mempunyai pemimpin yang mewakili mereka.
Ini lima sebab PRK Batu Sapi perlu dielakkan
Mengambil iktibar penularan COVID-19 susulan PRN Sabah, Jemaah Menteri berpandangan lebih elok sekiranya PRK Batu Sapi dielakkan.
Darurat yang diisytiharkan tidak jejaskan kehidupan rakyat - PM
Tindakan itu hanya bertujuan untuk membatal dan menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi demi melindungi nyawa rakyat.
PRK Batu Sapi: Terpulang kepada pucuk pimpinan Bersatu - Azizah
PRK Parlimen Batu Sapi diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada 2 Oktober lepas.
COVID-19: Tiba masanya SPR perkenal undi pos, e-undi
Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ia memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar di tengah-tengah penularan pandemik COVID-19.
PRK Batu Sapi: Pengundi, petugas SPR bimbang situasi semasa COVID-19
SOP bagi PRK Batu Sapi perlu diteliti susulan terdapat petugas SPR serta pengungi yang bimbang untuk melibatkan diri sewaktu PRK berlangsung.
Bersatu belum putus bertanding di PRK Batu Sapi - Masidi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
PRK Batu Sapi: BN Sabah akan sokong calon GRS - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menyokong calon daripada mana-mana parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS), sekiranya parti dalam gabungan itu memilih untuk bertanding dalam PRK Batu Sapi.