ROMPIN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkata penjelasan secara proaktif dibuat, bagi menerangkan keperluan ahli parti mengundi calon Pakatan Harapan (PH) pada dua Pilihan Raya Kecil (PRK) di Johor, 9 Sept ini.
Beliau berkata keperluan mengundi calon PH pada PRK itu berdasarkan kerjasama BN-PH, dan penjelasan dimulakan sejak sebelum hari penamaan calon, manakala tindakan susulan akan dilakukan Pengerusi UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
"Saya yakin dengan bantuan kepimpinan bahagian di seluruh Johor untuk menjelaskan perkara ini (keperluan mengundi calon PH). Pengundi kita juga tidak harus keliru dan Menteri Besar Johor beritahu akan ada latihan untuk hardcore pengundi BN, belajar mengundi PH.
"Ini akan dibuat di peringkat lokaliti dan pusat daerah mengundi (PDM) dan telah dimulakan semalam," katanya pada sidang media selepas merasmikan Projek Biogas Kilang Sawit Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), di Loji Biogas Ulu Keratong di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata demikian semasa ditanya langkah BN bagi memastikan pengundi BN, khususnya warga emas, sedar mereka perlu memangkah calon PH selain tidak keliru jika tidak melihat lambang 'dacing' pada kertas undi, bagi memastikan kemenangan calon Kerajaan Perpaduan.
PRK bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram diadakan ekoran kematian panyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas, semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, Kedah akibat pendarahan otak.
Dua PRK itu menyaksikan calon PH bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan iaitu Suhaizan Kayat di Parlimen Pulai dan Nazri Abdul Rahman bagi DUN Simpang Jeram, dengan kedua-dua mereka berdepan saingan tiga penjuru daripada Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata pihaknya sedang menambah baik penggunaan media sosial, selepas kurang menguasai platform tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang lepas, sedangkan 'perang saraf' di media sosial lebih menguasai minda dan keputusan pengundi pada masa kini.
"Ia (penggunaan media sosial oleh parti) kurang berkesan pada PRN kerana baharu dimulakan, maka pengikut daripada pempengaruh kita agak ketinggalan. Tetapi kita belajar daripada pengalaman itu, dan menambah baik penggunaan media sosial.
"Kita juga ada pendekatan lain, terutamanya daripada Wanita UMNO yang bergerak bukan lagi menggunakan kajian sikap secara konvensional, tetapi mereka telah mengubah kaedah untuk melihat corak sokongan atau sebaliknya kepada calon Kerajaan Perpaduan," katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan isu 3R iaitu kaum, agama dan raja dimainkan pada PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram oleh segelintir pihak bagi menarik sokongan, Ahmad Zahid optimis rakyat Johor tidak mudah untuk menerima isu tersebut.
"Sikap rakyat Johor berbeza dan saya lihat mereka sebenarnya menolak isu-isu sempit sebagaimana yang dibangkitkan pada pilihan raya di enam negeri sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2023
Ahmad Zahid berkata, keperluan mengundi calon PH pada PRK itu berdasarkan kerjasama BN-PH. - Gambar fail
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Menang majoriti lebih 20,000, BN kekalkan kerusi DUN Mahkota
Syed Hussein memperoleh 27,995 undi, jauh mengatasi Mohamad Haizan Jaafar yang hanya meraih 7,347 undi.
MUDA, Urimai tidak bertanding PRK Sungai Bakap
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) tidak akan menghantar calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK Sungai Bakap: Peluang sama rata bagi calon anak jati PKR, Pas
Dua gabungan politik terbesar negara mengatur strategi dengan mempertaruhkan anak jati tempatan dalam gelanggang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
PRK: PKR kekal bertanding di DUN Sungai Bakap
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Mesyuarat khas SPR PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 4 April
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan satu mesyuarat khas bagi urusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor pada 4 April ini.