Polis Diraja Malaysia (PDRM) yakin proses pengudian Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai November ini akan berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.
Ia katanya berdasarkan pengalaman pasukan keselamatan pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan PRK pada tahun-tahun sebelum ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata proses demokrasi itu nanti akan berlangsung dengan penuh kematangan.
“Saya yakin proses suasana demokrasi jalan dengan penuh kematangan dan SOP bagi PDRM sedia ada, saya sendiri tidak menjangkakan akan ada apa apa tidak baik berlaku.
“Saya yakin anak buah saya memang cukup mantap bila diperlukan. Tugasan biasa sahaja , tidak ada luar biasa. Saya tidak menjangkakan apa-apa di Johor. Ini proses demokrasi mantap sebab apa kita dapat lihat berbelas kali kita adakan, InsyaAllah semua berjalan lancar,” katanya selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada 196 pegawai dan anggota yang masih berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Ditanya mengenai keperluan menambah anggota, beliau yakin setakat ini jumlah yang ada mencukupi.
Bagaimanapun menurutnya lagi, pihaknya sentiasa bersedia mengerahkan jentera polis sekiranya situasi memerlukan.
Beliau menyatakan perkara itu ketika di tanya mengenai persediaan polis pada PRK Parlimen Tanjung Piai pada 16 November nanti.
PRK Parlimen Tanjung Piai yang merupakan PRK kesembilan selepas PRU14 diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 21 Sept lepas, berikutan komplikasi jantung.
Dalam perkara lain, belia berkata, pihak polis akan bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen bagi menghapuskan sindiket penjualan kad pengenalan palsu.
“Mereka sedang meneliti kad pengenalan diragui. Ada characteristic. Sekiranya mereka hendak menyemak 33 juta rakyat Malaysia ini perlu guna ‘Super Computer’lah tetapi pihak JPN dengan pihak Imigresen mereka ada tanda sesuatu. Mereka boleh syak dan perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat jawatankuasa,” katanya lagi.
Terdahulu 20 individu ditahan kerana terbabit dalam membuat, memberi, menjual dan memiliki dokumen perjalanan diri palsu dengan tujuan memudahkan aktiviti keluar masuk negara oleh rakyat asing pada September lalu.
Astro Awani
Sun Oct 06 2019
HAMID: "Saya yakin anak buah saya memang cukup mantap bila diperlukan." - Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.