MUAR: Keputusan Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram disifatkan memberi laluan mudah kepada Perikatan Nasional (PN) menambah sokongan khususnya pengundi atas pagar.
Calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Dr Mohd Mazri Yahya berkata, keputusan terhadap Presiden UMNO itu juga secara tidak langsung memberi pilihan mudah kepada pengundi termasuk bukan Islam untuk memilih parti yang lebih layak mentadbir.
“Ini sebenarnya bukan 'senjata' kita, tetapi kita panggil itu sebagai 'peluru' mereka sendiri kerana contohnya kalau kita bertanding perlawanan bola sepak... ia ibarat pemain mereka menendang bola ke gawang sendiri.
“Ia memberi keuntungan kepada kita sebenarnya sebab masalah yang kita bangkitkan ialah antirasuah, kita menentang rasuah selama ni dan selama 20 tahun DAP dan PKR yang (lantang) menganjurkan ‘good governance’, tiba-tiba pada sekarang 'dibakulsampahkan' oleh kerajaan pada hari ini,” katanya ketika ditemui hari ini.
Mengulas lanjut katanya, beliau yakin keputusan yang diibaratkan sebagai satu signal yang salah oleh Kerajaan Perpaduan itu akan mempengaruhi pengundi dan memberi kesan positif kepada PN bukan sahaja di DUN Simpang Jeram, sebaliknya di Parlimen Pulai juga.
Malahan dakwanya, berdasarkan dapatan awal sepanjang tempoh berkempen, kira-kira 70 peratus pengundi di DUN Simpang Jeram yang dahulunya memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan beralih kepada PN.
“Kita juga percaya jumlah ini akan meningkat terutamanya di kalangan pengundi-pengundi yang bukan Islam yang mana dia akan meningkat sama ada (peratusan) mereka keluar mengundi ataupun mereka akan mengundi kepada kita (PN),” ujarnya.
Mengulas gerak kerja minggu terakhir berkempen, beliau memaklumkan akan memastikan peratusan keluar meengundi kali ini lebih tinggi berbanding beberapa siri pilihan raya sebelum ini.
“Memasuki pecutan terakhir ini kita sudah (berjumpa) hampir 95 peratus pengundi berdasarkan gerak awal kerja dan sekarang ini kita akan cuba selesaikan baki lima peratus lagi.
“Pada saya kami perlukan seberapa ramai pengundi keluar sebab dia akan menentukan kemenangan (kerana) kalau peratusan keluar mengundi itu agak rendah, sukar (untuk kami) berikutan kedudukan di Simpang Jeram ini boleh dikatakan lebih kurang 50-50,” tambahnya.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram kali ini, Dr Mohd Mazri bakal berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nazri Abdul Rahman dan seorang calon Bebas, S Jeganathan.
Untuk rekod DUN Simpang Jeram mempunyai 40,488 pengundi yang terdiri daripada 21,005 Melayu (51.87 %), 18,052 (44.58 %), 1,027 India (2.53 %) dan lain-lain bangsa 404 orang (0.99 %).
Shuhada Abdul Kadir
Tue Sep 05 2023
Dr Mohd Mazri berkata, keputusan terhadap Presiden UMNO itu juga secara tidak langsung memberi pilihan mudah kepada pengundi termasuk bukan Islam untuk memilih parti yang lebih layak mentadbir. - Gambar/ Astro AWANI
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
PRK DUN Simpang Jeram: 'Keputusan mahkamah Zahid ibarat gol gawang sendiri' - Calon PN
Keputusan mahkamah Ahmad Zahid disifatkan memberi laluan mudah kepada Perikatan Nasional (PN) menambah sokongan khususnya pengundi atas pagar.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
PRK DUN Simpang Jeram: Jeganathan guna kelebihan bertutur bahasa Hokkien dekati pengundi
Ahli perniagaan yang juga bapa kepada enam anak itu berkata, perkara itu selaras dengan hasratnya bagi membantu golongan yang memerlukan.
PRK: SPRM lancar dua bilik gerakan bagi aduan rasuah
SPRM dalam kenyataan hari ini berkata kedua-dua bilik gerakan itu beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 9 Sept.
PRK: Tempoh kempen bermula, calon atur strategi pikat pengundi
SPR menetapkan 5 Sept sebagai hari pengundian awal, manakala 9 Sept hari mengundi.
Johor ada cara Johor, jaga adab berkempen - MB Onn Hafiz
Beliau turut menegaskan supaya mereka yang terlibat dengan proses pilihan raya ini untuk tidak terikut-ikut dengan budaya berkempen di negeri lain.
PRK: Proses penamaan calon lancar, tiada insiden dilaporkan - Ketua Polis Johor
Kamarul Zaman berkata setakat ini masih belum ada pihak yang memohon permit untuk mengadakan ceramah dan kempen bagi kedua-dua kawasan PRK berkenaan.
PRK Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram bermula hari ini
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.
PRK: Sokongan rakyat kepada PN dijangka semakin meningkat
Katanya, senario itu bakal mengulangi kemuncak sokongan rakyat kepada PN seperti yang berlaku ketika PRN di enam negeri baru-baru ini.
PRK Pulai, Simpang Jeram: 22 borang penamaan calon dijual setakat semalam
Kesemua borang berkenaan dibeli oleh parti Amanah, Pas, Perikatan Nasional (PN) dan calon Bebas.