Parti pembangkang diingatkan agar tidak menjadikan isu peribadi sebagai serangan berkempen menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, pembangkang sewajarnya tidak mengeksploitasi isu-isu peribadi dan sentimen agama bagi meraih kemenangan pada PRK di kedua-dua kawasan.
"Mereka perlu menunjukkan sikap berhemah semasa berkempen dengan menghormati antara satu sama lain di samping tidak mencetuskan provokasi.
"Dalam kerakusan untuk merampas kerusi parlimen berkenaan daripada dimenangi Barisan Nasional (BN), parti pembangkang pasti akan berkempen secara menyerang peribadi calon-calon UMNO.
"Selepas UMNO menamakan calon bakal bertanding terutama di kerusi Parlimen Kuala Kangsar, pembangkang difahamkam mula menyerang Datin Mastura Mohd Yazid, balu bekas wakil rakyat, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Katanya, pencalonan Mastura sebagai calon UMNO telah dipersendakan pihak tertentu dengan dakwaan tidak menghormati statusnya sebagai balu yang baru kematian suami.
"Pembangkang mula memainkan persepsi negatif bagi merosakkan nama baik calon UMNO termasuk daripada pelbagai sudut termasuk hukum agama," tegasnya.
Mastura telah dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan setakat ini bakal ditentang oleh calon PAS, Dr. Najihatussalehah Ahmad.
Manakala bagi kerusi Parlimen Sungai Besar, kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarhmah Datuk Noriah Kasnon akan ditandingi oleh ADUN UMNO Sungai Panjang, Budiman Zohdi.
Budiman akan dicabar calon PAS, Dr Abdul Rani Osman, yang juga ADUN Meru.
Menurut Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, pembangkang sepatutnya bersikap profesional dan lebih fokus kepada kepentingan penduduk setempat sepanjang tempoh berkempen.
"Bagaimanapun, sudah menjadi amalan dan kelaziman pembangkang pada setiap PRK akan menggunakan isu peribadi, provokasi serta fitnah bagi menaih sokongan pengundi," ujarnya.
Syed Ali juga berharap pengundi di kedua-dua kawasan tidak akan mudah terpedaya dengan dakyah dan propaganda yang dimainkan pembangkang.
"Saya yakin kepimpinan UMNO di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan bantuan rakan-rakan UMNO daripada seluruh negeri akan bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada PRK tersebut.
"BN akan mengulangi kemenengan mempertahankan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar dengan majoriti undi yang lebih besar," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali menyangkal dakwaan pihak tertentu bahawa sokongan UMNO terhadap pindaan RUU Mahkamah Syariah sebagai helah politik untuk memenangi PRK di kawasan tersebut.
"Sokongan itu bukan ada kepentingan dan agenda politik, ini soal tuntutan agama Islam," tegasnya.
Syed Ali turut kecewa dengan sikap pemimpin parti komponen BN terutama MCA, MIC dan Gerakan yang mengeluarkan ugutan terhadap UMNO bersabit sokongan tersebut.
"Tidak wajar bagi pemimpin parti kemponen tersebut mengeluarkan kenyataan berupa 'ugutan' terhadap UMNO menerusi media-media sosial.
"Saya amat kecewa dan kesal dengan rasa sikap mereka, boleh disifatkan sebagai tidak beradab berhubung sensitiviti umat Islam di negara ini.
"Perlakuan pemimpin MCA, MIC dan Gerakan seolah-olah menentang kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi BN," jelasnya.
Astro Awani
Wed Jun 01 2016
SYED ALI: 'Jangan kempen guna isu peribadi di kedua-dua PRK'- Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pelepasan air di Empangan Chenderoh terkawal - TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan pelepasan air dari Empangan Chenderoh di Kuala Kangsar dilakukan secara terkawal dan terancang.
Banjir: Tiga PPS dibuka di Pahang
Fasa peralihan monsun yang sedang berlaku menyaksikan Pahang menjadi negeri terbaharu dilanda banjir apabila tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
Treler muatan kereta terbakar di Lebuhraya Utara Selatan, tiga kenderaan musnah
Pihak JBPM Perak menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.26 pagi.
'Lihat jasad isteri dan anak tidak lagi bernyawa'
Sakinah yang bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Pusat Kegiatan Guru Manong dalam perjalanan menghantar anaknya ke sekolah.
Dua mangsa nahas maut di Kuala Kangsar dikenal pasti anak-beranak
Siasatan awal di lokasi mendapati kereta jenis Honda City yang dipandu wanita itu dari arah Kuala Kangsar menuju arah Manong.
Lori terbakar berhampiran Terowong Menora, trafik sesak arah utara
Kebakaran melibatkan sebuah lori 12 tan jenis Hino yang membawa muatan bakul buah buahan yang terbakar 35 peratus.
UMNO akan terus bertanding di Parlimen Kuala Kangsar - Zahid
Kerusi Parlimen Kuala Kangsar akan terus kekal ditandingi UMNO jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) mahupun Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Lelaki mengaku cederakan bapa guna kerusi plastik
Ahmad Zikri didakwa sengaja mendatangkan kecederaan ke atas bapanya menggunakan kerusi yang boleh bawa kematian jika diguna sebagai senjata.
Pukul ibu sedang solat, penganggur diarah buat pemeriksaan psikiatri
Dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Noraina dengan alat yang jika digunakan sebagai senjata boleh sebabkan kematian.
Kemalangan dua treler di lebuh raya, semua lorong arah utara terhalang
Susulan kemalangan itu menyebabkan semua lorong arah utara terhalang dan trafik dilencongkan ke Plaza Tol Kuala Kangsar.