GUA MUSANG: Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani hampir pasti dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.
Menurut sumber, pemilihan Mohd Azmawi sudah mendapat restu UMNO Bahagian Gua Musang.
"Apa yang saya boleh kongsikan 90 peratus nama Mohd Azmawi walaupun ada lagi dua calon lain itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin dan Ketua Wanita, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Sumber itu memberitahu, semasa undian pemilihan calon yang dibuat oleh UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Azmawi memperoleh undian tertinggi.
Katanya, keputusan itu memberi isyarat bahawa Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu melepasi tapisan untuk diangkat sebagai calon.
Beliau berkata, Mohd Azmawi bukanlah asing dalam kalangan penduduk malah sudah dikenali di DUN Nenggiri.
Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.
Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai pengguguran keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Jul 16 2024
Mohd Azmawi Fikri. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Ucapan saya langsung tidak mempunyai niat menghina institusi Raja di negara ini' - Muhyiddin
Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil untuk menegaskan beliau sama sekali tidak berniat untuk menghina institusi raja.
PRK Nenggiri: 'Pas rasa mereka terlalu kuat' - Penganalisis
Kemenangan BN akan menyuntik semangat pemimpin dan akar umbi gabungan itu menjelang PAU dan PRK DUN Mahkota akan datang.
PRK Nenggiri: Kemenangan BN bukti usaha, ikhtiar Kerajaan Perpaduan diterima rakyat
PRK DUN Nenggiri yang memihak kepada BN membuktikan usaha dan ikhtiar Kerajaan Perpaduan mula diterima rakyat.
PRK Nenggiri: 20 pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Cuaca di kesemua pusat mengundi cerah pagi ini dan dijangka berterusan sehingga kesemua lokasi ditutup secara berperingkat petang ini.
Mahkamah sekali lagi tolak permohonan Mohd Azizi hentikan PRK DUN Nenggiri
Bekas ADUN Nenggiri Mohd Azizi Abu Naim hari ini gagal buat kali kedua untuk menghentikan SPR daripada mengadakan PRK DUN Nenggiri.
[KOLUMNIS] Apakah 'flip' pertama boleh berlaku dalam PRK Nenggiri?
Jentera yang menyokong dan membantu mereka berdua ini ternyata aktif di semua 20 daerah mengundi.
Kerajaan peruntukkan hampir RM3 juta untuk pembangunan Orang Asli DUN Nenggiri
Kerajaan memperuntukkan hampir RM3 juta meliputi pembangunan ekonomi dan infrastruktur sosial kepada masyarakat Orang Asli di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada tahun ini.
Pertembungan satu lawan satu di PRK Nenggiri
BN mempertaruhkan Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani sementara Pas, Mohd Rizwadi Ismail.
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
PRK Nenggiri: Ketua Pemuda UMNO Kelantan dinamakan sebagai calon?
Menurut sumber, pemilihan Mohd Azmawi sudah mendapat restu UMNO Bahagian Gua Musang.