BENTONG: Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Amizar, 53, yang mewakili Barisan Nasional (BN) turut melahirkan rasa syukur atas kemenangan itu setelah beliau sebelum ini tewas sebagai calon di DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lepas.
Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan BN serta pengundi kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat di kawasan yang dikenali sebagai "penghujung Pahang" itu.
KEPUTUSAN RASMI PRK PELANGAI DI SINI
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi DUN Pelangai yang telah memilih BN sebagai parti yang akan terus memberikan perkhidmatan di sini," katanya ketika ditemui di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul di sini malam ini.
Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong itu menang dengan majoriti 2,949 undi apabila meraih 7,324 undi, menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat (4,375 undi) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni (47 undi).
PRK hari ini diadakan susulan kekosongan luar jangka kerusi DUN berkenaan selepas Johari, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang, meninggal dunia dalam nahas pesawat terhempas di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 07 2023
Calon BN Datuk Amizar Abu Adam meraikan kemenangan bersama jentera selepas diisytiharkan sebagai pemenang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri N.36 Pelangai ketika di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Orang Ramai Felda Kemasul. - fotoBERNAMA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemenangan di Pelangai bukti rakyat terima baik Kerajaan Perpaduan - Wan Rosdy
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai membuktikan pengundi menerima baik gabungan Kerajaan Perpaduan.
PRK Pelangai: Amizar ikrar jalankan amanah dengan baik
Datuk Amizar Abu Adam berikrar akan memikul amanah yang diberikan pengundi kepadanya dengan baik dan meneruskan legasi Allahyarham Datuk Seri Johari Harun selepas menang dalam PRK DUN Pelangai.
PRK DUN Pelangai: 16,456 pengundi tunai tanggungjawab esok
Parti-parti bertanding memanfaatkan minit akhir sehingga 11.59 malam ini dengan menganjurkan ceramah dan kempen kemuncak dalam usaha mempengaruhi pola pengundian.
Wan Rosdy nafi akan anggotai Jemaah Menteri Persekutuan
Beliau berkata ia hanya khabar angin dan beliau kini fokus untuk memenangkan BN di PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini.
PRK: 'Kenal betul-betul Pelangai' - Amanat terakhir Johari kepada Amizar
Pesanan Allahyarham Datuk Seri Johari Harun menjadi pembakar semangat buat calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam untuk menabur khidmat kepada rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.
PRK DUN Pelangai: Jangan terlalu yakin, pihak lawan telah bermukim - Zahid
Ahmad Zahid berkata, rekod di atas kertas menunjukkan BN, dengan kerjasama Pakatan Harapan (PH), dijangka mampu menang selesa.
PRK DUN Pelangai: Tekanan besar kepada kerajaan negeri jika PN menang - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, ini kerana kemenangan itu akan memberi tambahan kerusi kepada PN di peringkat DUN.
'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.
PRK DUN Pelangai bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi ini untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.