JOHOR BAHRU: Masyarakat India di Parlimen Pulai mengharapkan bakal pengganti Datuk Seri Salahuddin Ayub dapat meneruskan usaha Allahyarham menjaga dan memperkasakan kebajikan masyarakat India di kawasan itu agar tidak ketinggalan dan rasa terpinggir.
Beberapa penduduk kaum India, yang ditemui Bernama, menyatakan rasa puas hati dengan inisiatif yang dilakukan Kerajaan Perpaduan mahupun kerajaan negeri sebelum ini, namun mengharapkan lebih banyak bantuan dapat disediakan termasuk menyegerakan isu milikan tanah bagi membina sekolah Tamil dan perumahan.
Pengerusi Kuil Sri Subramaniar Tampoi, K. Arumugan, berkata masyarakat India khususnya di Kempas amat memerlukan sekolah baharu kerana sekolah yang sedia ada sudah semakin padat.
"Kita berharap wakil rakyat baharu dapat membawa perkembangan yang lebih baik dalam isu perumahan, sekolah Tamil, kuil dan masalah-masalah yang memerlukan dana.
"Dalam isu sekolah itu terdapat tanah untuk pembinaan sekolah yang terletak di kawasan sempadan antara Kempas di bawah Parlimen Pulai dengan Parlimen Iskandar Puteri... kita harap isu ini dapat disegerakan," katanya kepada Bernama, hari ini.
Seorang penduduk kempas, K. Mohana, 50, turut berharap wakil rakyat baharu yang bakal diberi mandat berkhidmat di situ dapat mempercepatkan proses pemilikan tanah untuk pembinaan sekolah berkenaan selain memberi perhatian kepada golongan B40.
Di Parlimen Pulai, terdapat seramai 20,508 atau 12.31 peratus pengundi India merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling dan Kempas.
Sementara itu, Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat berkata beliau tekad melunaskan bantuan-bantuan yang telah dirancang oleh Allahyarham Salahuddin untuk kaum India di Pulai.
Katanya, sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat di situ, beliau akan berusaha sedaya upaya menjaga kebajikan segenap lapisan masyarakat termasuk kaum India.
"Di Pulai ini, Allahyarham Salahuddin sudah merancang untuk menyalurkan dana dan bantuan-bantuan untuk kaum India, namun tidak kesampaian...jika saya diberikan amanah oleh pengundi selepas PRK ini, permohonan mereka kita akan lunaskan," katanya ketika ditemui pemberita pada program menyantuni masyarakat India di Tampoi, Pulai.
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kekosongan luar di dua kerusi jangka berikutan kematian penyandangnya Salahuddin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada 23 Julai lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK bagi kedua-dua kerusi itu diadakan serentak dengan hari pengundian awal pada 5 Sept diikuti hari pengundian 9 Sept ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 30 2023
Pada PRK Parlimen Pulai, Suhaizan berdepan saingan tiga penjuru menentang calon Perikatan Nasional (PN) Zulkifli Jaafar dan Samsudin Mohamad Fauzi yang akan bertanding sebagai calon Bebas. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Selesai rakam keterangan, Muhyiddin tersenyum, tunjuk tanda bagus
Polis selesai merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kenyataannya bahawa haram mengundi calon PH.
PRK Pulai: Enam kali kalah, sebab Pas sukar diterima di Johor - Suhaizan
Suhaizan menyifatkan, kekalahan enam kali beliau sebelum ini yang bertanding atas tiket Pas, adalah kerana parti itu sukar diterima di Johor.
PRK Pulai: 'Orang kepercayaan' Salahuddin menang majoriti lebih 18,000
Ini merupakan percubaan kali ketujuh Suhaizan dalam pilihan raya, sekali gus 'menamatkan kemarau' kemenangan beliau.
[TIDAK RASMI]: 2-0, PH mendahului di Parlimen Pulai, DUN Simpang Jeram
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Pakatan Harapan (PH) berjaya mengekalkan kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung pada Sabtu
PRK Pulai: Hiasan kedai kreatif, barang 'vintage' tarikan di Bazar Karat JB
Kalau nak cari 'baju Johor', Bazar Karatlah tempat perlu dituju.
PRK Pulai: 135 laporan diterima, empat remaja antara yang ditangkap - Polis
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak enam kertas siasatan dibuka setakat ini.
PRK: Bukan masa untuk protes, pulanglah mengundi - Ahmad Maslan
Semua pengundi luar kawasan bagi PRK Pulai dan Simpang Jeram digesa untuk pulang bagi menunaikan tanggungjawab mereka.
PRK Pulai: Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu nelayan dibela, kediaman baharu
Tinggal di pinggir bandar Johor Bahru, penduduk Orang Asli Kampung Bakar Batu juga mahu nasib mereka tidak dipandang sepi.
Fatwa Haram: Muhyiddin terpengaruh dengan Pas - Saifuddin Nasution
Tindakan Muhyiddin mengeluarkan 'fatwa politik' haram mengundi calon PH pada PRK Parlimen Pulai adalah akibat terpengaruh dengan Pas.
PRK Pulai: Polis siasat 'fatwa' politik Muhyiddin
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan raja) itu dibuat Muhyiddin pada Sabtu lepas (2 Sept).