Dr S Streram berharap namanya diletakkan sekali lagi untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Bekas calon PKR yang juga pembahas Negeri Sembilan itu turut berjanji akan memberikan kemenangan di Rantau jika namanya dicalonkan semula kali ini.

"Pasti akan ada satu tambahan lagi kerusi di Negeri Sembilan, saya janji kalau di beri amanah di DUN Rantau," katanya semasa membahaskan ucapan dasar presiden pada Kongres PKR di sini, hari ini.

Terdahulu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, nama Rafizi Ramli ada dibangkitkan untuk menjadi calon pada PRK DUN Rantau.

Dalam pada itu Dr S Streram menjelaskan, Rafizi banyak membantunya sebelum diberi kepercayaan untuk menjadi calon di DUN Rantau pada PRU-14 lepas.

Rafizi dalam sebuah portal dilaporkan berkata, adalah lebih adil sekiranya Dr S. Streram dicalonkan semula untuk bertanding di DUN tersebut seandainya pilihan raya kecil perlu diadakan.

Rafizi berkata ini kerana Dr. Streram telah meletakkan asas yang kukuh untuk PKR bersaing di Rantau semasa PRU ke-14.

Habis//