NIBONG TEBAL: Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
Sebaliknya, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu berkata setiap jentera parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) telah diberi tugas dan lokasi khusus sepertimana yang telah diarahkan oleh kepimpinan Kerajaan Perpaduan.
"Kita ikut arahan parti masing-masing. Dalam kempen ini, kami bertumpu di kawasan Sungai Duri. Di sana ramai pengundi yang majoritinya adalah Melayu," katanya ketika ditemui pada program Jom Masak Menu Sihat Citarasa Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Tasek Cempedak di sini hari ini.
Mohamad yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata demikian ketika mengulas persoalan mengapa Amanah dilihat tidak bersama parti komponen lain sepanjang kempen PRK yang memasuki hari kelima hari ini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kota Raja itu berkata program kempen partinya berjalan lancar dengan tumpuan pada masa ini mengadakan lawatan rumah ke rumah, ceramah kelompok serta khidmat masyarakat.
PRK DUN Sungai Bakap pada 6 Julai ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon PH Dr Joohari Ariffin dan Abidin Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN), yang diadakan susulan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
Sungai Bakap merupakan satu daripada tiga DUN di bawah Parlimen Nibong Tebal.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berucap pada Program Jom Masak Sihat Citarasa Peladang@Pertubuhan Peladang Kawasan Tasek di Dewan MPKK Tasek Cempedak hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRK Sg Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar
Polis berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
PRK Sg Bakap: Joohari mahu jadi pemudah cara antara rakyat dan kerajaan jika diberi mandat
Menjadi pemudah cara antara rakyat dan agensi kerajaan termasuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhatian segera akan menjadi keutamaan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin.
PRK Sg Bakap: Gabungan gerak kerja BN-PH beri peluang cerah kepada Cikgu Joohari
Jentera BN-PH telah bergerak secara menyeluruh di kawasan DUN Sungai Bakap, untuk mendekati seramai mungkin pengundi bagi membantu kempen calon PH itu.
PRK Sg Bakap: Kerajaan Perpaduan mampu menang - Ahmad Zahid
Kerajaan Perpaduan mampu memperoleh kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Sabtu ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PRK Sg Bakap: 102 permit diluluskan kepada dua parti bertanding
Sebanyak 102 permit bagi tujuan kempen bergerak, ceramah dan tinjauan mesra diluluskan kepada dua parti bertanding.
PM pesan pengundi muda Sg Bakap beri peluang kepada calon Perpaduan - Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar berkata ia penting supaya lebih banyak program dan pembangunan dari segi infrastruktur dapat dilaksanakan dengan tuntas di Sungai Bakap.
PRK DUN Sg Bakap: Sembilan lagi permit diluluskan hari keenam kempen
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata ia menjadikan 34 permit telah diluluskan sejak bermula kempen bagi PRK itu pada 22 Jun lepas.
PRK Sg Bakap: Amanah nafi tidak turun padang bersama jentera Perpaduan
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan tidak turun padang bersama jentera Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang bermula Sabtu lepas.
PRK Sungai Bakap: PN perlu henti main sentimen Melayu dan Islam - Penganalisis
Perikatan Nasional (PN) perlu keluar daripada naratif kempen yang memainkan sentimen Melayu dan Islam untuk meraih undi.