NIBONG TEBAL: Berfokuskan kepada isu masyarakat setempat, calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap Dr Joohari Ariffin, akan terus mendekati pengundi sekali gus bekerja kuat memutihkan sokongan di 'kawasan kelabu'.
Joohari yang dalam misi merampas semula kerusi Sungai Bakap yang kini disandang oleh PAS berkata beliau akan memberi tumpuan kepada isu-isu setempat seperti isu air, prasarana dan jalan dari segi pembangunan, kerana ia lebih relevan dengan masyarakat di Sungai Bakap.
Mengakui menghadapi tekanan untuk mengekalkan momentum kemenangan Kerajaan Perpaduan pada PRK Kuala Kubu Baharu, bekas guru itu yakin ia tidak mustahil kerana Sungai Bakap disifatkan sebagai kawasan kelabu, berikutan jumlah majoriti 1,563 undi yang dimenangi PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas, tidak terlalu besar.
"Status-quo berbeza di sini (Sungai Bakap) sebelum ini (PRK) menang, dia menang, sebelum ini kalah, dia kalah tetapi sekarang ini kita hendak menang di tempat yang kalah. Itu memang sesuatu yang tertekan, sebab itu kita kena kerja keras.
"Namun, ia tidak mustahil kerana majoriti 1,563 (undi) satu jumlah yang dikatakan kelabu menurut penganalisis politik, bukan putih dan bukan hitam, jadi kita akan pastikan yang kelabu itu kita akan putihkan," katanya pada sesi Ramah Mesra Bersama Media di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Sungai Bakap, di sini hari ini.
Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu berkata beliau turut memberikan fokus kepada Pusat Daerah Mengundi (PDM) Puteri Gunong, yang mempunyai pengundi yang ramai iaitu 12,417 daripada keseluruhan 39,279 pemilih.
Joohari berkata kerusi DUN Sungai Bakap yang dipegang oleh PH selama tiga penggal sejak 2008 sebelum bertukar tangan kepada PAS pada 2023 berkemungkinan disebabkan isu, sentimen dan persepsi oleh pengundi.
Sehubungan itu, anak jati Sungai Bakap itu berazam untuk mendekati pengundi di akar umbi, bagi mengembalikan kepercayaan pengundi kepada Kerajaan Perpaduan.
Meskipun berusia 60 tahun, beliau berkata tidak menjadi masalah untuknya mendekati pengundi muda terutamanya pengundi kali pertama, kerana ramai anak didiknya atau pelajar merupakan golongan muda dan menggunakan pendekatan melalui penyampaian ilmu dalam program.
Pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu juga berharap, agar PRK DUN Sungai Bakap dijadikan model atau penanda aras bagi PRK akan datang dengan mengetengahkan kempen yang berakhlak dan lebih bernilai tinggi, sekali gus membuktikan penerimaan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan sekiranya menang pada 6 Julai ini.
Joohari dicabar Naib Yang Dipertua PAS Nibong Tebal Abidin Ismail sebagai calon Perikatan Nasional (PN), dalam pertembungan satu lawan satu pada PRK DUN Sungai Bakap, 6 Julai.
Kerusi DUN Sungai Bakap yang mempunyai 39,279 pemilih terdiri daripada 39,222 pengundi biasa dan 57 anggota polis, kosong berikutan kematian penyandangnya Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Joohari beramah mesra bersama pengamal media di NADI Sungai Bakap, Simpang Ampat hari ini. - Gambar Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pertembungan pendapat AMK-Pemuda UMNO perkara biasa politik orang muda - Amirudin
Pertembungan pendapat antara Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda UMNO berhubung isu politik adalah perkara biasa selagi tidak terkeluar daripada asas kerjasama Kerajaan Perpaduan.
Pembangkang semakin dapat sokongan rakyat - Muhyiddin
Pembangkang semakin mendapat sokongan rakyat terutama orang Melayu berdasarkan situasi politik semasa ketika ini.
[KOLUMNIS] Sungai Bakap mengalir kecewa nasional
Kerajaan Perpaduan bukan tidak melakukan yang terbaik, tetapi gagal dalam naratif mereka.
PRK Sungai Bakap: DAP akur pilihan pengundi, lakukan introspeksi - Nga
Menurut Nga, DAP komited dan berdedikasi untuk mengejar pencapaian politik dan mendapat kepercayaan rakyat sambil membuat persiapan bagi menghadapi PRU akan datang.
Amanah tawaduk terima keputusan PRK Sungai Bakap - Mohamad
Kesepaduan jentera antara PH dan BN juga perlu diperkukuh bagi menghadapi pilihan raya yang mendatang terutamanya Pilihan Raya Umum ke-16, kata Mohamad.
PRK Sungai Bakap: Kerajaan ambil kira pandangan semua pihak - Fahmi
Langkah dasar penyasaran subsidi diesel merupakan gambaran manifestasi rakyat yang disuarakan melalui PRK Sungai Bakap adalah antara perkara yang akan diteliti dalam 'bedah siasat PRK itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Kekalahan di Sungai Bakap bukan penamat hadapi PRK seterusnya - Ahmad Zahid
Kekalahan calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap di Pulau Pinang semalam bukanlah penamat kepada gabungan parti dalam Kerajaan Perpaduan khus
Abidin naik lori pusing Sungai Bakap ucap terima kasih
Calon PN Abidin Ismail yang diumumkan menang pada PRK Sungai Bakap hari ini tampil bertemu dengan orang ramai menggunakan lori.
PRK Sungai Bakap: Isyarat rakyat tolak dasar PH-BN - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Ia juga isyarat jelas penolakan rakyat terhadap dasar-dasar kerajaan PH-BN yang menyusah dan merimaskan rakyat.