Sebanyak 17 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Limau telah pun ditutup setelah proses pembuangan undi tamat jam 5 petang tadi.
Sasaran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mencapai 90 peratus jumlah peratusan keluar mengundi dilihat gagal apabila sehingga pusat pengundian ditutup petang tadi, hanya 85.5 peratus atau 23,249 pengundi yang keluar mengundi.
Berbanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, jumlah peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 89.3 peratus atau 24,406 pengundi. Peti-peti undi telah dibawa ke Dewan Lukman Al-Hakim, SMK Agama Yan untuk penjumlahan rasmi dan keputusan PRK akan dijangka diumumkan pada jam 9 malam nanti.
Terdahulu, tinjauan Astro AWANI di pusat pengundian di Sek Men Agama Nahdzah di Bukit Besar, Yan pada jam 2.30 petang mendapati orang ramai begitu berpusu-pusu tiba untuk membuang undi. Menurut, petugas SPR disitu peratusan keluar mengundi di sekolah tersebut dianggarkan sudah melewati 65 peratus.
Bernama turut melaporkan jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai berkata, sejumlah 63.5 peratus atau seramai 17,281 daripada 27,222 pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau telah mengundi bagi pilihan raya kecil DUN itu setakat 1 tengah hari tadi.
Cuaca cerah pada pagi telah membolehkan warga Sungai Limau keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab mereka untuk membuang undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 DUN Sungai Limau.
Penduduk Sungai Limau berpusu-pusu keluar membuang undi seawal jam 8 pagi, selepas pusat pengundian dibuka pusat pengundian di SK Bukit Besar, Kota Sarang Semut yang letaknya kira-kira 25km dari pekan Yan.
Calon PAS, Mohd Azam Abd Samat, 37, tiba di pusat pengundian tersebut untuk membuang undi kira-kira jam 8.30 pagi sambil ditemani isterinya, Taqhiyah Ismail, 32.
Beliau yang ditemui selepas itu berkata, dengan cuaca yang baik pada pagi diharapkan akan ramai dapat keluar menunaikan tanggungjawab mereka.
"Alhamdulillah, cuaca pagi ini agak baik walaupun dikatakan cuaca akan hujan pada tengah hari dan petang, namun kita mengharapkan agar proses pengundian dapat dijalankan dengan jayanya dan telus untuk memastikan kawasan ini dapat dikekalkan," kata Mohd Azam.
Walaupun telah dinasihatkan untuk tidak mendirikan pondok-pondok panas, namun kedua-dua parti masih lagi melakukan perkara tersebut malah kemunculan perayu-perayu undi dari kedua-dua parti juga dalam merayu undi dari para pengunda meriuhkan lagi suasana pengundian disini.
Sekitar jam 9.15 pagi tadi juga, Naib Presiden UMNO, Datuk Shafie Apdal sambil ditemani Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Othman Aziz turut melawat kawasan pengundian dan ketika melalui dihadapan penyokong dan perayu undi PAS, mereka disorak “Allahuakbar.”
Turut kelihatan Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) PAS DUN Sungai Limau, Datuk Amiruddin Hamzah dan bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor dari PAS, Datuk Dzulkefli Ahmad melawat kawasan pengundian.
Tiada perkara yang tidak diingini berlaku cuma provokasi-provokasi lisan dari kedua-dua penyokong mewarnai proses pengundian dikawasan ini. Selain itu juga, pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak menghalau tiga petugas media - media berbahasa Cina dan KiniTV keluar dari kawasan pengundian di SK Bukit Besar apabila didapati melanggar peraturan Pilihan Raya dengan mengadakan temuramah dengan pengundi di dalam kawasan pengundian di sekolah tersebut.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di SM Agama Nahdzah, Batu 12, Bukit Besar yang letaknya kira-kira 60 meter dari SK Bukit Besar mendapati kesesakan lalulintas sejauh 2km dari kedua-dua arah Jalan Alor Star-Guar Chempedak. Ini disebabkan tindakan pengundi-pengundi dan penduduk kampung yang meletakkan kenderaan mereka dibahu-bahu jalan.
Selain itu juga, himpunan perayu-perayu undi disamping provokasi lisan dari BN dan PAS memburukkan lagi keadaan lalulintas. Aksi mereka dalam cuba merayu undi disamping memegang sepanduk dan kain rentang yang tertulis bermacam-macam menambahkan keriuhan di luar pusat pengundian SM Agama Nahdzah ini.
Walaupun begitu ianya tetap tidak melumpuhkan semangat pengundi untuk terus keluar membuang undi ditambah pula keadaan cuaca yang cerah dan panas ini.
Kira-kira jam 11 pagi tadi, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir meluangkan masa untuk melawat pusat semakan pengundi yang dikelolakan oleh BN berhampiran kedua-dua sekolah ini dan kehadiran beliau disambut dengan sorak-sorai penyokong BN dan meskipun begitu, Mukhriz masih sempat bersalaman dan beramah mesra dengan penyokong-penyokong PAS yang berada disekitar itu.
Ketika ditemubual pemberita, Mukhriz berkata beliau turut berharap agar wakil yang dipilih itu benar-benar mampu melakukan amanah yang telah diberikan oleh pengundi.
"Saya harap pengundi tidak terpengaruh kerana apa yang hendak kita lakukan pada hari ini ialah seorang wakil rakyat yang benar-benar boleh memberi khidmat yang terbaik bagi rakyat. Bukannya kita memilih wakil rakyat kerana calon yang satu lagi itu tidak bagus," katanya.
Aizat Sharif
Mon Nov 04 2013
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PRK Sg Limau: Hanya 85.5 peratus keluar mengundi
Sasaran SPR untuk mencapai 90 peratus jumlah peratusan keluar mengundi dilihat gagal apabila sehingga pusat pengundian ditutup petang, hanya 85.5 peratus atau 23,249 pengundi yang keluar mengundi
PRK Sg Limau: Calon-calon selesai mengundi
Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim mengundi di SK Dulang pada 8.47 pagi manakala Mohd Azam Abd Samat daripada PAS mengundi di SK Bukit Besar pada 8.30 pagi.