Setakat jam 10 pagi ini, sebanyak 68 peratus daripada 286 pengundi awal telah membuang undi untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Hashim Abdullah berkata beliau berharap peratusan keluar mengundi bagi pengundi awal lebih tinggi sebelum proses ditutup.

"Untuk saluran DUN Sungai Panjang, ia akan ditutup pada jam 5 petang nanti.

"Bagi saluran DUN Sekinchan pula, masih ada seorang lagi yang belum mengundi setakat ini," jelas Hashim.

Tambahnya lagi, buat masa ini, proses pengundian awal berjalan lancar.

Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertembungan tiga penjuru dimana 42,655 pengundi berdaftar layak memilih wakil rakyat mereka.

Pertandingan tersebut diantara Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional, Dr Abdul Rani Osman dari PAS serta Azhar Abdul Shukur dari Parti Amanah Negara (Amanah).

BACA: Apa yang besar dalam setiap pilihan raya kecil