KUALA LUMPUR: Kecenderungan majoriti pengundi yang memberikan peratusan kemenangan tinggi untuk Perikatan Nasional (PN) dalam enam pilihan raya negeri yang lepas, menunjukkan ada kebimbangan yang ingin disampaikan kaum Melayu kepada Kerajaan.
Penganalisis Sosio-politik dari Universiti Malaya, Prof Madya Awang Azman Awang Pawi berkata, kaum Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini, dilihat mempunyai kerisauan yang tinggi terhadap nasib mereka, khususnya tentang hak dan kesejahteraan hidup.
Beliau berkata, rata-rata pandangan yang diperolehi hasil kajian beberapa firma penyelidik, ditambah dengan keputusan PRN tersebut, memperlihatkan kerisauan kaum Melayu tentang hak mereka yang didakwa kian terancam, serta keadaan ekonomi yang dirasakan tidak begitu memuaskan.
“Dalam konteks seperti B40, keluarga termiskin juga majoritinya Melayu, ini merupakan satu suara yang diminta diberikan perhatian khusus kepada mereka.
“Jadi bergerak ke depan, dasar yang lebih dilihat perlu digerakkan adalah dasar yang dilihat pro polisi Melayu, tetapi pada masa yang sama juga keadilan kepada semua kaum perlu diberikan tetapi kerajaan perlu santuni suara kebimbangan tersebut yang diberi dalam bentuk undi,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung dengan hos Dzulfitri Yusop dan Harith Asyraf Hasnan dalam segmen pasca pilihan raya Astro AWANI.
PRN: Untuk keputusan penuh, siapa menang dan siapa kecundang klik di SINI
Dalam pada itu, Pengurus Kanan Penyelidikan, Merdeka Centre, Tan Seng Keat berkata, negeri-negeri tidak bersekutu seperti Kelantan, Terengganu, dan Kedah mempunyai semangat kenegerian yang tinggi.
Justeru, katanya lagi, penumpuan kempen serangan yang ‘keterlaluan’ terhadap calon Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, termasuk dengan insiden beliau ditahan berhubung satu kes, seolah-olah mengangkat dirinya menjadi ‘hero’.
“Sepatutnya ditumpukan isu pembangunan terpinggir, tiba-tiba anda mengangkat beliau, seolah-olah melawan kerajaan Pusat demi isu pembangunan. Pengundi Kedah percaya itu isu penting, bila kempen di Kedah, dia dilabel sebagai pahlawan.
“Memang nampak sentimen pertahankan kebajikan orang Kedah, dia memang dapat sambutan. Di mana pihak lawan seperti BN dan PH tak ada isu. Macam isu track record Kerajaan Negeri Kedah dalam tempoh tiga tahun lepas, tak dibincangkan langsung. Semuanya seperti personal attack,” katanya lagi.
Tambah Seng Keat, pilihan raya negeri sepatutnya menjadi peluang untuk membincangkan urusan negeri, tetapi beliau berkata agak malang kerana ia dijadikan sebagai referendum untuk peringkat Persekutuan.
Firdaus Azil
Sun Aug 13 2023
Penganalisis politik Awang Azman berkata, kaum Melayu sebagai etnik terbesar di negara ini, dilihat mempunyai kerisauan yang tinggi terhadap nasib mereka. - Foto Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN: Ada mesej, kebimbangan yang ingin disampaikan pengundi Melayu - Penganalisis
Kaum Melayu dilihat mempunyai kerisauan yang tinggi terhadap nasib mereka, khususnya tentang hak dan kesejahteraan hidup.
PRN Sarawak: Parti politik diharap buka pintu lebih luas untuk calon muda - Penganalisis
Jelas Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi, lebih ramai penyertaan anak muda dalam politik bermakna lebih banyak pelapis pemimpin masa depan yang akan mengambil alih teraju kepimpinan negeri.
Ku Li tidak sertai perbahasan, Ahli Parlimen lain turut terpengaruh?
Penganalisis politik Universiti Malaya (UM), Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata ia barangkali akan menyebabkan kegagalan Belanjawan untuk diluluskan.
Pertelingkahan pemimpin PKR: Dr Siddiq Fadzil sesuai jadi orang tengah - Penganalisis
Pengerusi Lembaga Pengarah USIM, Prof Datuk Dr Siddiq Fadzil dilihat sesuai dilantik sebagai orang tengah kerana beliau mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkembangan parti PKR.
Penganalisis: PH perlu belajar daripada kekalahan di Cameron Highlands
Penganalisis politik memberi peringatan untuk Pakatan Harapan memperbaiki strateginya agar kekalahan di Cameron Highlands tidak berulang.
PRK Port Dickson: Menang mudah atau mungkin kalah? Ini apa kita boleh jangka
Selepas dua dekad berjuang untuk duduk di kerusi perdana menteri, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin hampir dengan hasratnya itu.
#MalaysiaMemilih: Warisan tak mampu tawan Sabah - Penganalisis politik
Parti Warisan Sabah (Warisan) dijangka mampu menggugat kedudukan Barisan nasional (BN) di Sabah, bagaimanapun tidak ada kemampuan untuk tawan negeri itu.