SEREMBAN: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mencapai kata sepakat untuk membentuk jentera bersama di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha PH Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Setiausaha BN Negeri Sembilan, Datuk Hasim Rusdi dalam kenyataan media bersama, hari ini.
“PH dan BN negeri telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun 2023 dan kedua-dua pihak diketuai oleh Setiausaha masing-masing.
“Kedua-dua gabungan bersetuju membentuk jentera pilihan raya peringkat DUN secara bersama dan akan melantik penyelaras di setiap DUN untuk memudahkan kesiapsiagaan jentera bersama,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, dua gabungan parti memberikan komitmen secara menyeluruh bahawa jentera semua parti dalam Kerajaan Perpaduan untuk memaksimakan kekuatan di semua 36 kerusi DUN.
“Kedua-dua gabungan bersetuju untuk memastikan kemenangan gabungan parti kerajaan perpaduan dalam PRN.
“Kesiapsiagaan di semua peringkat ke arah mendapatkan restu sokongan dan mandat pengundi Negeri Sembilan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan,” tambahnya.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu menyaksikan, PH memenangi 20 kerusi DUN manakala BN sebanyak 16 kerusi.
Selain Negeri Sembilan, lima lagi negeri yang bakal berdepan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Terengganu.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Jun 22 2023
PH dan BN Negeri Sembilan telah mengadakan mesyuarat jawatankuasa bersama kali pertama pada 19 Jun 2023. - Foto Astro AWANI
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
PRN: BN, PH Negeri Sembilan bentuk jentera bersama
Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mencapai kata sepakat untuk membentuk jentera bersama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).