AMPANG: Calon Perikatan Nasional (PN), Fazil Mohamad Dali tidak mahu menjadikan kisah silamnya sebagai penghalang untuk berbakti kepada masyarakat, jika diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos depan.
Calon kerusi DUN Pandan Indah itu yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan ACT Malaysia (ACT) berkata, ‘budaya samseng’ yang dikaitkan dengannya adalah cerita lama.
Bagi bapa kepada 15 cahaya mata itu yang lebih dikenali sebagai Ayahanda Cik Ton, apa yang penting, penghijrahan sejak lebih empat tahun memberi keyakinan kepadanya untuk berkhidmat kepada rakyat.
“Kadang-kadang kalau tidak bagi peluang kepada orang macam saya, siapa nak bagi? Jadi bagi peluang kepada kami dan kami cuba buat yang terbaik.
“Mungkin cerita silam itu kita (tak boleh padam), itu cerita lama. Sekarang ini umur sudah nak masuk 50 tahun, takkan nak bawa yang silam lagi.
“Jadi kita nak ada pengakhiran. Pengakhiran kita nak abdikan diri kepada masyarakat,” katanya di sini pada Sabtu.
Dia ditemui selepas selesai proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Perbandaran MPAJ, di sini.
Ditanya sama ada dia senang disapa sebagai Ayahanda Cik Ton, lelaki berusia 49 tahun itu berkata gelaran tersebut sudah sinonim dengannya.
“Tak boleh nak ubah, itu memang (sinonim)… orang kata dah umur 50 tahun, itu juga orang panggil (Ayahanda Cik Ton), Fazil ini orang tak kenal,” tambahnya.
Ujar dia lagi, pemilihannya sebagai calon bagi mewakili PN juga telah diputuskan oleh pucuk pimpinan.
Sebagai calon, dia berkata perlu ada sikap tanggungjawab dan sentiasa turun padang.
Dalam masa sama, Ayahanda Cik Ton berkata dia membawa aspirasi untuk memperjuangkan nasib golongan B40, selain mengatasi isu banjir di kawasan berkenaan.
Kerusi DUN Pandan Indah menyaksikan saingan empat penjuru pada 12 Ogos ini.
Selain Ayahanda Cik Ton, Pakatan Harapan (PH) meletakkan penyandang kerusi tersebut, Izham Hashim bagi mempertahankan DUN Pandan Indah.
Sementara dua lagi calon ialah Lisa Redzuan yang juga Timbalan Ketua Parlimen MUDA Bandar Tun Razak mewakili MUDA dan seorang calon Bebas, Sivaneswaran Ramasundram.
Hasimi Muhamad
Sat Jul 29 2023
Ayahanda Cik Ton berkata, budaya samseng yang dikaitkan dengannya adalah cerita lama. - Gambar/ Astro AWANI
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara
Sebanyak 187 siasatan dijalankan di bawah undang-undang hak kebebasan.
KKM Malaysia rancang perkenal undang-undang 'Good Samaritan' - Dr Dzulkefly
Dzulkefly berkata banyak negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan beberapa negara Asia telah pun melaksanakan undang-undang berkenaan.
[TERKINI] Goh Sze Fei-Nur Izzuddin langkah ke Final Jelajah Dunia BWF
Beregu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, sah melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Final Jelajah Dunia BWF, sebentar tadi apabila menewaskan pasangan Indonesia.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.