ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memberi bayangan jelas Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri akan diadakan antara bulan Jun atau Julai.
Menurutnya, PRN berkenaan juga dijangka akan diadakan serentak membabitkan negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu yang dipimpin Perikatan Nasional (PN) serta Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang yang dipimpin Pakatan Harapan (PH).
Tambah beliau, sekiranya PRN diadakan serentak ianya mampu menjimatkan kos logistik dan masa yang digunakan pengundi terutama yang pulang ke kampung halaman masing-masing.
Sanusi, yang juga Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat turut memaklumkan, bahawa perbincangan tidak rasmi telah diadakan membabitkan pimpinan di keenam-enam negeri yang masih belum mengadakan PRN.
"Saya tidak ikut (tarikh yang ditetapkan negeri-negeri yang dipimpin) PH, tetapi kita harap PH ikut kita, (pelan kita) macam itu, perbincangan secara tidak rasmi ada,
"Saya ada tanya Menteri Besar Negeri Sembilan (Datuk Seri Aminuddin Harun), beliau bukan sengaja hendak bubar bulan Mei, tetapi DUN (negeri) itu (pada) 1 Jun terbubar (secara) sendiri, mahu tidak mahu dia kena bubar Mei, ataupun last sekali 31 Mei,
"Jika (DUN Negeri Sembilan bubar pada) 31 Mei dan (negeri lain) disekalikan, dalam tempoh dua bulan (mengikut syarat Suruhanjaya Pilhan Raya perlu diadakan PRN), (ini bermakna) tempoh sampai penghujung Julai, (itu) sekiranya hendak disekalikan (dengan) negeri lain, (kemungkinan besar PRN) dalam jarak tempoh waktu itu," beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Kedah Darul Aman Tahun 2023 di Dewan Seri Mentaloon, Alor Setar semalam (pada Selasa).
Pada Ahad, Naib Presiden Pas, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan bahawa parti itu akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Terengganu itu berkata pertemuan bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari; Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun; dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan dilakukan pada bila-bila masa.
Bagaimanapun, setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.
Sebelum ini, Menteri Besar Negeri Sembilan menyatakan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu akan dibubarkan pada Mei dan Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN negeri itu.
Abd Hadi Che Awang
Wed Feb 01 2023
Sanusi memaklumkan, perbincangan tidak rasmi telah diadakan membabitkan pimpinan di keenam-enam negeri yang masih belum mengadakan PRN. - Foto fail/BERNAMA
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.