MUAR: Anak sulung kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian, Nornekman, 47, tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Meskipun haluan politiknya berbeza dengan menjadi calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), namun ianya tidak menjadi batu penghalang buat dirinya untuk menyambung perancangan arwah bapanya, selain yakin perjuangannya mendapat restu.
“Saya sudah berkhidmat dengan Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sejak tahun 2004 lagi dan arwah bapa saya memang menggalakkan saya keluar dari Johor menimba ilmu politik sebelum kembali ke sini.
“Sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir pun saya sudah menyertai parti Pejuang dan langkah politik saya itu mendapat restunya,” katanya ketika ditemui di sini.
Beliau ditemui selepas Majlis Pengumuman calon parti Pejuang di sini hari ini.
Mengulas lanjut katanya, rentetan pemergian Allahyarham bapanya pada Disember lalu, sebagai anak sulung beliau sudah menjalankan tanggungjawab menyelesaikan beberapa perkara di DUN berkenaan.
“Apabila bapa saya dijemput Ilahi, perkara pertama yang saya lakukan adalah melihat tugas-tugas arwah bapa yang belum diselesaikan di DUN Kempas ini dan ambil tanggungjawab melunaskan semuanya,” tambahnya.
BACA: PRN Johor: Anak Osman Sapian antara 42 calon Pejuang
Terdahulu, pada majlis yang diumumkan oleh Mukhriz itu, seramai 42 calon Pejuang dipertaruhkan pada PRN Johor yang bakal berlangsung 12 Mac nanti.
Selain Nornekman, Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh turut dicalonkan di DUN Machap.
Shuhada Abdul Kadir
Thu Feb 24 2022
Nornekman Osman tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN Johor: Pertembungan 7 penjuru di DUN Kempas
Kehadiran tiga calon bebas menghantar borang pencalonan bagi bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas menyaksikan pertembungan tujuh penjuru di DUN terbabit.
PRN Johor: Beza haluan politik bukan halangan teruskan legasi bapa - Nornekman Osman
Nornekman Osman tekad meneruskan tugas bapanya menabur khidmat kepada rakyat di DUN Kempas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.