ISKANDAR PUTERI: Jentera Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya menjadikan media sosial sebagai platform utama untuk mendekati pengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi turut mengingatkan jentera parti itu supaya bekerjasama antara satu sama lain kerana pengundi mahu melihat isu-isu dijawab segera.
"Jangan guna kempen konvensional tapi gunakan kempen-kempen melalui media sosial. Kita berikan kuasa untuk mengkoordinasikan kempen 'nonverbal communication' atau kempen tanpa lisan kepada BN bersama Penerangan UMNO Malaysia dan semua jentera penerangan parti-parti komponen.
"Pengundi mahu melihat aktiviti berjalan ikut SOP (prosedur operasi standard) (COVID-19). Gunakan media sosial sebagai medium pertama dalam berkempen untuk PRN Johor," katanya ketika berucap melancarkan Jentera BN Pusat Operasi Zon Barat Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity di sini, malam tadi.
Turut hadir Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad, Naib Presiden MCA Senator Lim Ban Hong, Setiausaha Agung MIC RT Rajasekaran serta barisan kepimpinan tertinggi parti-parti komponen BN.
Pada majlis itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut melantik Pengerusi BN Selangor Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi BN Kedah Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai pengerusi bersama untuk melakukan penyelarasan jentera BN Zon Barat Johor meliputi Iskandar Puteri, Pulai, Pontian dan Tanjung Piai.
Ahmad Zahid turut berharap semua jentera di peringkat bahagian dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Zon Barat Johor dapat bekerjasama dengan pemimpin yang dilantik sebagai pengerusi bersama bagi melakukan penyelarasan selain tidak mengenepikan SOP COVID-19 yang ditetapkan kerajaan.
Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata keputusan PRN Johor dijangka memberikan impak yang besar terhadap Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Beliau berkata justeru itu, kemenangan dalam PRN Johor wajib dicapai, namun BN tidak boleh terlalu selesa berdasarkan kemenangan yang telah dicapai sebelum ini semasa PRN Melaka.
"Setiap pilihan raya berbeza-beza, setiap PRN dan setiap PRU bukan sama. Semua orang hendak lihat kita kalah di Johor. Semua parti hendak melihat UMNO yang lahir di Johor... mereka hendak kuburkan kita di negeri lahirnya UMNO. Maka tanggungjawab kita, wajib untuk kita bangkit dan pertahankan," katanya.
BACA: Ramai mahu lihat UMNO, BN terkubur di Johor - Mohamad Hasan
Beliau pada masa sama turut meletakkan indeks prestasi utama kepada jentera Zon Barat Johor dalam membantu memenangi sekurang-kurangnya lima daripada lapan kerusi DUN.
Dalam pada itu, Hasni yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor pula berkata PRN Johor akan menjadi barometer kepada negara dan gelanggang penentu untuk melihat corak kepimpinan yang diinginkan rakyat.
Beliau berkata hal ini berikutan rakyat memerlukan kerajaan yang stabil dan mampu dan Johor tidak perlu dipimpin atas dasar ihsan pembangkang.
"Kita mahu Johor lebih baik daripada yang ada...Johor bukan negeri biasa-biasa, kita tidak mahu mempunyai kerajaan atas ihsan pembangkang. Saya juga ingin mengingatkan semua dan diri sendiri supaya jangan cepat rasa puas hati, bukan begini sepatutnya kerajaan yang (tidak stabil) memimpin Johor," kata penyandang kerusi DUN Benut itu.
Kerajaan negeri sebelum ini diterajui BN dengan 28 kerusi merangkumi UMNO (14 kerusi); Bersatu (11) dan MIC (dua) dan PAS (satu) manakala Pakatan Harapan dengan 27 kerusi iaitu DAP (14); PKR (tujuh) dan Parti Amanah Negara (enam).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 04 2022
Ahmad Zahid (tiga, kiri) menyerahkan bendera BN kepada Hasni (empat, kiri) pada gimik Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Barat Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan EduCity di Iskandar Puteri malam tadi. -- fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN Sabah: BN susun kerjasama dengan PN, 95 peratus pembahagian kerusi selesai
Untuk PRN kali ini, BN tidak akan membuat sebarang manifesto, sebaliknya menggantikannya sebagai akur janji terhadap rakyat di negeri Sabah.
Jentera BN digesa tidak ambil mudah
Jentera BN diingatkan agar tidak mengganggap usaha menebus semula kerusi Parlimen yang kalah sebagai satu perkara mudah.