TEBRAU: Seletar, Singapura adalah satu kawasan berkeluasan 10.25km yang gah dengan infrastruktur moden seperti Seletar Aerospace Park bernilai SD60 juta, perancangan khusus untuk menjadikan Singapura hub kapal terbang.
Dan asal nama Seletar itu, dipercayai kerana ia paling awal diduduki oleh masyarakat Seletar, salah satu dari sub Orang Laut, yang kini hampir kesemua generasi baharu mereka, tinggal di Malaysia, khususnya di Johor.
Lebih kurang 50km dari situ, Kampung Pasir Salam, terletak di Ulu Tiram, Tebrau, didiami sekitar 150 ke 200 Orang Asli Seletar Laut, dengan masalah yang sepatutnya tidak lagi wujud dalam era ini - bekalan air bersih.
AIR BEKAS LOMBONG BIJIH BESI JADI SUMBER MINUMAN
Ketika ditemui Astro Awani, ketua masyarakat Orang Seletar Laut di kampung itu, Tok Batin Laili, 62, meluahkan kekesalan tentang bagaimana jarak kediaman mereka dari Bandaraya Johor Bahru, hanya 30km, namun kemudahan asas seperti bekalan air, amat-amat menyedihkan.
Dan masalah itu, katanya lagi, sudah berlarutan sejak 60 tahun yang lepas.
“Air lombong ini yang akan ditarik melalui pam untuk sumber kita. Itu yang kadang-kadang budak budaknya dapat sakit, kerana gunakan air tak dirawati, tak ada filter.
“Kampung kita dekat dengan bandar, kalau boleh kita nak air (bersih dari luar) masuk. Kampung lain dah maju. Itu yang kita nak minta. Kalau boleh, (bakal calon) turun padang tengok orang kita, macam mana orang kita punya kehidupan,” katanya lagi.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, terdapat dua lombong besar yang merupakan sumber air untuk penduduk di kampung tersebut, namun kualitinya amat meragukan.
Beberapa penduduk lain turut memberitahu, pengurusan sisa buangan dari ladang kelapa sawit yang mengelilingi lombong tersebut, juga merupakan antara faktor mengapa ia langsung tidak selamat untuk dijadikan sumber minuman.
Namun, dari segi jalan bertar, serta kemudahan asas lain seperti bekalan elektrik, kata Tok Batin itu lagi, sudah diselesaikan sewaktu era Barisan Nasional memerintah.
“Kami jangkakan, apabila kerajaan bertukar, maka masalah ini dapat diselesaikan. Tetapi sekali pun wakil rakyat itu tidak pernah menjenguk kampung ini, kecuali bila nak undi masa 2018,” katanya lagi.
JIKA LAUT BERGELORA, TIDAK MUNGKIN KE SEKOLAH
Satu lagi permasalahan yang menggusarkan penduduk setempat, kata Tok Batin Laily lagi, ialah akses pendidikan untuk anak-anak mereka.
Beliau berkata, jarak antara kampung itu dengan sekolah yang terdekat, iaitu Sekolah Kebangsaan Panchor, hanyalah 2.5 kilometer. Itu pun kalau menaiki bot berkuasa rendah, menyeberangi Selat Tebrau.
Jika diukur jarak perjalanan melalui laluan darat, jarak dari kampung itu ke sekolah berkenaan ialah 65 kilometer atau 1 jam 45 minit, berbanding perjalanan laluan laut yang mengambil masa antara 30 hingga 45 minit.
“Kalau hujan, budak boleh tak sekolah, ribut pun sama, tak boleh pergi sekolah. Kalau keadaan laut bergelora macam mana budak sekolah? Kita fikir nyawa anak-anak kita. Memang kita mahu budak kampung kita pergi sekolah, tapi tengok jeti tu nak turun pun seksa.
“Bukan cakap kita yang orang tua ini, budak pun boleh jatuh. Jambatan itu kita buat sendiri dengan pertolongan orang luar, kita cari dan beli kayu untuk bina jambatan,” katanya lagi.
Alternatif yang ada, kata Tok Batin Laily a/l Lee, ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram, yang terletak kira-kira 11 kilometer dari Kampung Pasir Salam.
“Itu yang kita rasa sesuai, tetapi masalahnya kami tak ada kenderaan yang boleh bawa 15 ke 20 orang kanak-kanak ke sekolah. Kalau boleh, kita nak minta van sekolah untuk kita sendiri uruskan,” katanya lagi.
Tok Batin Laily berkata, rata-rata penduduk di situ hanyalah bergantung kepada hasil tangkapan laut, menyebabkan mereka tidak mempunyai pendapatan yang tinggi.
“Biasa kami tangkap ikan di kawasan laut yang selamat, atau cari lokan di persisiran paya bakau kalau di Selat Tebrau ni. Kalau kami naik atas sedikit ke kawasan yang ada udang galah banyak, gangster sana halau kami,” luahnya lagi.
UNDI ORANG ASLI JUGA BERNILAI
Atas sebab itu, Tok Batin Laily berharap, mana-mana pihak yang ada hasrat untuk mewakili penduduk di DUN Tiram, termasuk Kampung Pasir Salam ini, agar turun dan dengar permasalahan, bukan untuk mendapat undi semata-mata.
“Kalau setakat minyak enjin memang disalurkan, tapi tak memadai. Kita fikir pasal nyawa, budak bukan satu, tapi 20 orang. Kalau jatuh dari bot mana satu nak diterpa? Kalau ada van tak ada masalah. Sekumpul saja. Ini tercicir sana tercicir.
“Kata nak naikkan taraf Orang Asli, tapi kalau macam ni keadaannya, sampai bila pun kami akan tercicir,” katanya lagi.
ADAKAH WAKIL RAKYAT MEMILIH RAKYAT MANA YANG NAK DIWAKILI?
Bagi Pengasas Koperasi Pembangunan Orang Asli dan Aktivist Orang Asli Malaysia, Ramesh Arumugam Chettiar, dalam Malaysia menghampiri usia 65 tahun kemerdekaan, kemudahan asas seperti bekalan air sepatutnya tidak lagi menjadi isu.
Beliau, yang sangat aktif memperjuangkan isu Orang Asli di seluruh negara berkata, jika seseorang wakil rakyat itu benar-benar ikhlas, maka isu ini sepatutnya sudah pun dibincangkan dalam sidang DUN untuk dicari jalan penyelesaian yang konstruktif.
“Wakil rakyat boleh bawa ke isu sidang dun. Boleh selesai. Tapi kalau tak pernah jenguk sekali pun macam mana pusat atau negeri tahu masalah di sini.
“Masyarakat pribumi atau Orang Asli atau Orang Asal, kenapa mereka dianaktirikan? Walaupun pendatang kita jaga begitu baik, tapi isu orang asli cukup mendukacitakan. Yang kita ni mahu hantara misi kemanusiaan ke negara-negara lain, tapi kemanusiaan di negara kita sendiri bagaimana pula?” soalnya lagi.
KERUSI DUN TIRAM, PARLIMEN TEBRAU
Dewan Undangan Negeri Tiram di bawah Parlimen Tebrau, merupakan antara kerusi yang mempunyai jumlah pengundi berdaftar yang tertinggi di Johor, iaitu seramai 105,707 orang.
Pada Pilihan Raya Umum yang lepas, calon Pakatan Harapan dari Parti Keadilan Rakyat, S Gopalakrishnan telah menewaskan dua pesaingnya dari Barisan Nasional (Datuk Maulizan Bujang), dan PAS (Azman Atmin) dengan majoriti 8,098.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini, DUN Tiram bakal menyaksikan saingan tujuh penjuru antara calon Parti Keadilan Rakyat (Gopalakrishnan), Perikatan Nasional (Dr Karim Deraman), Barisan Nasional (Azizul Bachok).
Selain itu juga, terdapat juga cabaran dari Parti Pejuang Tanah Air (Datuk Abdul Aziz Harun), Parti Bangsa Malaysia (Mohd Azmi Ali), dan dua calon Bebas – Bala Sundaram Perumal dan Jayasangkar Jeraman.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan hari pengundian awal pada 8 Mac ini, manakala hari pengundian jatuh pada 12 Mac.
Firdaus Azil
Sat Mar 05 2022
Air lombong bekalan utama air sejak 60 tahun lepas, anak-anak ke sekolah bergadai nyawa menaiki bot menyeberangi Selat Tebrau. - Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Isu pelantikan MB Johor boleh beri kesan kepada UMNO dan BN - Hamidin
Teka-teki siapa yang akan dilantik menjadi Menteri Besar Johor yang baharu selepas Barisan Nasional (BN) berjaya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) minggu lalu terus menjadi persoalan ketika ini.
PN, PH dalam dilema untuk lanjut atau tidak MoU kerjasama - Penganalisis
Kedua-duanya dalam dilema antara terus menghormati MoU, desakan pimpinan parti untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum (PRU) serta sentimen semasa rakyat terhadap mereka.
UMNO perlu bijak selesaikan isu cadangan MB johor selain Hasni - Penganalisis politik
UMNO perlu menyelesaikan sebarang konflik dalaman dengan baik sekiranya terdapat percanggahan cadangan calon Menteri Besar (MB) Johor selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu.
[ANALISIS] PRN Johor: Negeri yang makmur perlu didokong rakyat yang makmur
Isu dan permasalahan di Johor ini sedikit kompleks, jika ada keinginan politik, ia pasti boleh diselesaikan dengan baik.
PRN Johor: PH buat 'post mortem' segera kaji silap dan kekurangan
Pakatan Harapan (PH) akan melakukan 'post mortem' dalam kadar segera bagi memastikan kelemahan, kekurangan dan kesilapan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dapat diperbaiki.
PRN Johor: 54.92 peratus keluar mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencatatkan peratusan keluar mengundi sebanyak 54.92 peratus.
PRN Johor: Ikhtiar BN bermula dengan Belanjawan Johor 2023 - Hasni
Calon Menteri Besar Johor dari Barisan Nasional, Datuk Hasni Mohammad memberi jaminan Ikhtiar Barisan Nasional (BN) akan dimulakan segera melalui Belanjawan Johor 2023.
PRN Johor: Kemenangan BN hadiah kepada rakyat Johor - Ahmad Zahid
Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan hadiah kepada seluruh rakyat di negeri ini, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
[RASMI] PRN Johor: Salahuddin Ayub pertahan kerusi DUN Simpang Jeram
Salahuddin memenangi kerusi DUN Simpang Jeram buat pertama kali ketika Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.
Penyokong laung 'bubar Parlimen' sambut kemenangan BN
Laungan keramat Barisan Nasional tatkala menyambut kemenangan dalam pilihan raya lazimnya berbunyi 'Hidup Barisan Nasional".