KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak mendakwa Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dan presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai angkuh dan sombong.
Farhash juga menganggap sikap angkuh dan sombong MUDA dan Syed Saddiq tidak jauh bezanya jika bandingkan dengan Pejuang pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam satu kenyataan, Farhash menegaskan idea terhadap penyatuan parti-parti politik pembangkang menjelang Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) disambut baik oleh PKR serta rundingan kerusi dan segala perancangan bersama parti komponen berjalan dengan baik.
"Namun begitu, sifat angkuh dan sombong yang ditonjolkan rakan baru Pakatan Harapan iaitu MUDA kelihatan menjejaskan keharmonian dan seolah-olah wujud agenda tersembunyi yang lebih besar.
"Walaupun perlu diakui bahawa ini adalah sebahagian proses demokrasi yang wajar dihormati, namun dalam membentuk kerjasama yang kuat dan utuh, ia memerlukan keikhlasan dan kejujuran.
"Jika MUDA tidak menggambarkan sikap toleransi yang baik dan tidak menghormati rakan, maka atas dasar prinsip demokrasi, PKR juga wajar meletakkan calon di kerusi-kerusi yang telah selesai proses rundingan sebelumnya," katanya.
Beliau menggesa agar Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti semula rundingan dan kerjasama bersama MUDA dalam PRN Johor yang bakal diadakan kelak.
Awal hari ini, Syed Saddiq dalam satu kenyataan menegaskan, MUDA akan menyerahkan keputusan di tangan rakyat Johor sekiranya pertindihan kerusi antara partinya dan PKR tidak dapat dielakkan.
Ahli Parlimen Muar itu menjelaskan, Muda sentiasa memberikan usaha dan komitmen berterusan untuk mengelakkan pertindihan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang.
Sebelum ini hasil rundingan dengan Amanah dan DAP, MUDA berjaya mendapat enam kerusi termasuk kerusi DUN Puteri Wangsa yang dianggap paling selamat.
Astro Awani
Fri Feb 18 2022
Farhash menggesa agar Majlis Presiden Pakatan Harapan meneliti semula rundingan dan kerjasama bersama Muda dalam PRN Johor yang bakal diadakan kelak. - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Isham mohon SPRM keluar notis isytihar harta terhadap Farhash
Permohonan dibuat terhadap SPRM kepada Farhash susulan kes berkaitan pembelian saham Heitech Padu membabitkan kontrak RM1 bilion kerajaan.
Bekas Setiausaha Politik Anwar saman Wan Fayhsal, tuntut RM10 juta
Bekas Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menuntut Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal membayar ganti rugi RM10 juta.
Polis siasat tuduhan terhadap Farhash - KPN
PDRM akan menjalankan siasatan berkaitan dakwaan melibatkan Farhash yang dituduh menjadi individu bertanggungjawab menarik sokongan Ahli Parlimen pembangkang.
7-Eleven namakan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu
7-Eleven Malaysia Holdings Bhd hari ini mengumumkan Farhash Wafa Salvador sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa pada Selasa.
PRU15: Tambun bukan mudah, Anwar sendiri mahu keluar dari zon selesa - Farhash
Farhash berkata, Anwar ada keyakinan penuh terhadap kebijaksanaan rakyat Perak, dalam usaha menjadikan Perak negeri barisan hadapan PH.
Pemilihan PKR: Farhash nasihat Rafizi untuk berhenti main politik 'kotor'
Bekas Pengerusi PKR Perak yang tewas dalam perebutan kerusi Naib Presiden PKR itu mendakwa, Rafizi sendiri cuba mempengaruhi Presiden parti mereka.
Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih
Farhash berkata, bantahan rasmi akan dikemukakan untuk menyiasat ketelusan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Ahad.
Rafizi perlu jujur pada diri sendiri, henti main politik murahan - Farhash
Farhash Wafa Salvador menasihatkan Rafizi Ramli supaya bersikap jujur dengan diri sendiri dan berhenti bermain politik murahan.
PRN Johor: Sikap angkuh MUDA tidak jauh beza dengan Pejuang pimpinan Mahathir - Farhash
Sifat angkuh dan sombong yang ditonjolkan rakan baru Pakatan Harapan iaitu Muda kelihatan menjejaskan keharmonian dan seolah-olah wujud agenda tersembunyi yang lebih besar.
Yusoff Rawther perlu bermuhasabah diri - Farhash Wafa Salvador
Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta bekas pembantu penyelidikan, Yusoff Rawther untuk bermuhasabah diri dan berusaha mencari rezeki secara halal selagi masih ada keupayaan.