PONTIAN: Beberapa bahagian UMNO di negeri ini telah menghantar permohonan bagi bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) yang sebelum ini ditandingi parti komponen Barisan Nasional (BN).
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, permohonan terbabit akan diteliti dan diputuskan oleh pucuk pimpinan negeri dan pusat tanpa merosakkan hubungan antara parti di dalam BN.
"Beberapa bahagian UMNO menyuarakan pandangan berhubung isu ini. Bukan sahaja di Pulai Sebatang tetapi ada satu dua tempat lain di Johor.
"Itu biasalah dalam perjuangan politik yang akhirnya pucuk pimpinan negeri dan pusat akan buat keputusan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Muhibah Tahun Baru Cina bersama Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad di Pontian Besar, di sini pada malam Isnin.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian itu turut mengulas mengenai calon BN, jelasnya perkara itu akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
"Siapa yang bertanding akan dimuktamadkan tidak berapa lama lagi. Bagaimanapun perkara itu setakat ini belum diputuskan lagi," katanya.
Pada Isnin, Ketua Bahagian UMNO Tanjung Piai, Datuk Jefridin Atan dilaporkan berkata istilah 'kerusi tradisi' UMNO, MIC dan MCA tidak wajar digunakan pucuk pimpinan tertinggi BN dalam pembahagian kerusi PRN Johor.
Jelasnya, BN perlu lebih terbuka mengikut 'selera' pengundi berdasarkan kepada majoriti sesuatu kaum di setiap kawasan DUN.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Feb 07 2022
AHMAD: Itu biasalah dalam perjuangan politik yang akhirnya pucuk pimpinan negeri dan pusat akan buat keputusan. - Gambar fail
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
JKR laksana 559 projek KDN bernilai RM5.635 bilion
Jabatan Kerja Raya (JKR) sedang dan telah melaksanakan 559 projek untuk Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan jumlah keseluruhan RM5.635 bilion hingga November tahun ini.
Kos baiki jalan terjejas banjir di Kelantan dianggar RM22.5 juta - Ahmad Maslan
Kos membaiki jalan persekutuan dan jalan negeri terjejas akibat banjir di Kelantan dianggar bernilai RM22.5 juta.
SOP perbaiki jalan berlubang dalam tempoh 24 jam perlu diikuti negeri, perbandaran
Ahmad Maslan berkata SOP yang ditetapkan bagi membaiki Jalan Persekutuan berlubang ialah dalam tempoh 24 jam.
Perlu pinda akta sebelum MLFF dilaksanakan - Ahmad Maslan
Kerajaan perlu meminda akta tertentu sebelum sistem pembayaran tol aliran pantas pelbagai lorong atau Multi Lane Fast Flow (MLFF) dilaksanakan.
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya KL-Karak dijangka mula Januari
Projek pelebaran lorong tambahan Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) yang berupaya menangani isu kesesakan terutamanya pada musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu dijangka bermula pada Januari.
JKR pantau 10,000 cerun dekat kawasan perumahan, sekolah - Ahmad Maslan
Sebanyak 10,000 cerun yang terletak berhampiran kawasan perumahan termasuk sekolah sedang dipantau Jabatan Kerja Raya (JKR), kata Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Pembinaan LTU Gua Musang-Kuala Krai lancar, isu pampasan sedang diselesaikan
Status pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU) Gua Musang-Kuala Krai mengikut ketetapan jadual seperti dirancang.
KKR akan mohon peruntukan RM20 juta bina R&R di LTU - Ahmad Maslan
KKR akan memohon peruntukan RM20 juta untuk membina hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama (LTU), dalam masa terdekat.
Hampir RM40 bilion diperuntuk bagi projek di Sabah - Ahmad Maslan
Kerajaan memperuntukkan hampir RM40 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek infrastruktur awam di Sabah termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo (LPB) Fasa 1A dan Fasa 1B.