MUAR: Seorang warga emas disahkan meninggal dunia selepas selesai mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di salah sebuah pusat mengundi di daerah ini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip, berkata dalam kejadian kira-kira pukul 11.40 pagi tadi itu, mangsa yang berusia 78 tahun rebah secara tiba-tiba sebelum disahkan meninggal dunia.

“Siasatan awal pihak polis mendapati mangsa tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di tempat kejadian sebelum disahkan kematiannya oleh pegawai perubatan.

KEPUTUSAN PRN JOHOR DI SINI

SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI


“Setakat ini pihak polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan mangsa telah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut ujarnya, pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.