SIK: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berpendapat, beliau akan menjadi terkenal sekiranya penyandang kerusi itu, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor dari Perikatan Nasional (PN) tewas di kawasan berkenaan.
Selain menyifatkan dirinya sebagai calon "underdog", Khizri menyedari beliau berhadapan dengan nama besar di Kedah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ini, namun, itu tidak mendatangkan sebarang kegentaran terhadapnya
"Saya tidak rasa beban itu kepada saya hanya kerana saya menentang Menteri Besar Kedah, jadi tiada apa kegentaran atau kerisauan terhadap saya.
"Sebagai calon 'underdog' saya optimis saya ada peluang dan mampu datangkan cabaran terhadapnya (Muhammad Sanusi).
"Kalau saya kalah itu perkara biasa, tetapi kalau saya menang seluruh Malaysia akan kenal saya untuk lima tahun akan datang," katanya ketika ditemui selepas proses penamaan calon, di sini, pada Sabtu.
Ditanya mengenai strategi dan manifesto di Jeneri, Khizri yang juga Ketua UMNO Bahagian Sik itu berkata, beliau akan memberi tumpuan pada usaha membangunkan modal insan menerusi pendidikan.
"Saya akan jumpa seramai mungkin (ahli) parti yang ada termasuk anak-anak muda yang akan mengundi.
"Anak-anak muda mudah terpengaruh di media sosial jadi saya akan cuba jumpa seramai mungkin pengundi untuk jelaskan apa yang kita ingin laksanakan," katanya lagi.
Bercakap mengenai potensi beliau untuk memegang jawatan Menteri Besar, Khizri menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti andai kata berjaya memenangi kerusi berkenaan.
DUN Jeneri menyaksikan pertembungan satu lawan satu melibatkan Khizri dan Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN.
Hilmi Malik
Sat Jul 29 2023
Datuk Muhamad Khizri Abu Kassim berpendapat, beliau akan menjadi terkenal sekiranya penyandang kerusi Jeneri, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor dari Perikatan Nasional tewas di kawasan berkenaan.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mahkamah batal petisyen pilihan raya Suka Menanti, kemenangan PN kekal
Mahkamah Tinggi membatalkan petisyen pilihan raya yang dikemukakan Ketua Penerangan PKR Kedah Datuk Zamri Yusuf untuk mencabar keputusan PRN DUN Suka Menanti.
"Saya jadi 'takut' juga kerana harapan rakyat terlalu tinggi" - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengakui berasa 'takut' dalam mentadbir negeri itu memasuki penggal kedua memandangkan harapan rakyat kepadanya kini terlalu tinggi.
Menteri Besar Kedah angkat sumpah pagi esok
Menteri Besar Kedah yang ke-15 dijadual mengangkat sumpah di Istana Anak Bukit, pagi esok.
[RASMI] PRN: Mahfuz kalah di Alor Mengkudu
Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah hari ini.
PRN: Bas bukan bawa pengundi hantu - Polis
Polis Kedah mengesan satu video tular di media sosial berkaitan dakwaan beberapa buah bas yang membawa pengundi hantu bagi pilihan raya negeri (PRN) di daerah Kuala Muda pada Sabtu.
PRN: Masyarakat Siam Kedah tunai tanggungjawab mengundi
Sebagaimana rakyat Malaysia lain yang layak memilih, masyarakat Siam di Kedah hari ini turut bersama-sama keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab demokrasi mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
PRN: Sanusi didakwa 'tayang' kertas undi, langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954
Kesalahan itu itu boleh dihukum penjara sehingga setahun, denda sehingga RM3,000, atau kedua-duanya sekali.
PRN: Pasangan OKU cacat penglihatan tak mahu ketinggalan mengundi
Pasangan suami isteri Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan Roseri Ismail, 52, dan Rohana Abdul Manaf, 50, tidak ketinggalan menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.
PRN: 'Tidak sukar untuk PN menang' - Sanusi
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor optimis bahawa tidak sukar bagi Perikatan Nasional (PN) Kedah untuk menang pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN: Abang Sanusi sanggup tolak 'job' di Arab Saudi, Qatar
Abang kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor iaitu Shabudin, 57, sanggup menolak dua tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.