BUTTERWORTH: Tawaran di dalam manifesto Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 membuktikan Kerajaan Perpaduan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan.
Malah, menurut Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ia juga membuktikan Kerajaan Perpaduan tidak pernah mensia-siakan kepercayaan dan mandat yang diberikan rakyat di negeri itu.
Menurut Kon Yeow, hubungan perpaduan yang terbentuk itu juga bakal memberi kebaikan kepada rakyat Pulau Pinang menerusi 16 tunjang utama yang telah digariskan.
Jelasnya, beliau mahu terus memperjuangkan nasib rakyat sekiranya diberikan mandat untuk mentadbir
Pulau Pinang sekali lagi.
“Kita sentiasa memikul amanah yang diberikan, memastikan bahawa tiada pihak yang terpinggir atau dipinggirkan, prinsip negeri berkebajikan yang sentiasa menjadi pegangan dan pastinya kita membangun bersama-sama dalam percambahan sosioekonomi Pulau Pinang secara keseluruhan.
“Manifesto perpaduan merupakan sebuah mandat yang baru yang bukan hanya menyediakan negeri ini ke arah lonjakan kedua ekonomi baharu sejajar dengan landasan ekonomi Madani yang mensasarkan KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara bercambah sebanyak enam peratus malah ia juga terus menyediakan serta mempelbagaikan bantuan-bantuan kepada golongan yang memerlukan tanpa mengira usia, latar belakang dan juga organisasi” katanya.
Kon Yeow berkata demikian ketika berucap pada Pelancaran Manifesto dan Pengenalan Calon-Calon Perpaduan negeri, di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena, di sini, malam tadi.
Menurut Chow, sejak menerajui kerajaan negeri pada tahun 2008, banyak cabaran yang telah diharungi terutamanya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, khususnya sewaktu berdepan pandemik COVID-19.
“Saya komited untuk meneruskan segala usaha yang dimulakan sejak tahun 2008, malah jika diberi mandat sekali lagi untuk menerajui Pulau Pinang sebagai Ketua Menteri, kerajaan yang dipimpin akan mewakili nilai-nilai perpaduan bukan perpecahan, pembangunan bukan kemunduran, kesejahteraan dan kebajikan rakyat serta tadbir urus yang baik” ujarnya.
Dalam pada itu, Kon Yeow berkata, pihaknya tekad untuk melaksanakan beberapa perancangan antaranya menambahbaik aliran trafik serta melaksanakan pelan kontingensi air 2030 bagi memastikan krisis air tidak berulang.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Aug 02 2023
Tawaran di dalam manifesto Pakatan Harapan dan Barisan Nasional Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri ke-15 membuktikan Kerajaan Perpaduan meletakkan kepentingan rakyat di hadapan, kata Chow Kon Yeow.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.