MELAKA TENGAH: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menganggap kritikan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Azmin Ali terhadap parti yang enggan bekerjasama dengan parti itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, semata-mata pandangan peribadi.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO itu berkata, adalah sesuatu yang normal untuk ahli-ahli politik membuat kenyataan berunsur populis bagi memenangi pilihan raya.
Dalam masa sama, Sulaiman yakin rakyat Melaka bijak menilai dan mampu membuat keputusan atau pilihan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
“Itu pandangan politik dia (Azmin), terpulang kepada rakyat untuk fikir-fikirkan sama ada betul atau tidak. Saya ada pandangan sendiri and I have no comment (dan saya tiada komen).
"Dalam musim pilihan raya, mereka (ahli politik) akan keluarkan macam-macam cadangan, pandangan, tohmahan, fitnah dan sebagainya (semata-mata) nak menang pilihan raya. (Jadi) terserah masing-masing, tetapi rakyat bijak dan pandai memilih,” katanya lagi.
Sulaiman, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau kawasan Taman Bukit Beruang di sini, yang dilanda banjir beberapa hari lepas.
Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PN pada Isnin berkata, rakyat akan membuat keputusan bagi mengadili sikap serta kenyataan pihak yang tidak mahu bekerjasama dengan PN dalam PRN Melaka.
Katanya lagi, niat PN adalah jelas, iaitu hanya menganjurkan perpaduan dan kerjasama demi rakyat dan kepentingan negeri Melaka.
"Itu pilihan mereka (enggan berunding dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)). Biarlah rakyat membuat penghakiman tentang sikap dan kenyataan pihak-pihak yang tidak mahu bekerjasama," katanya lagi.
BACA: PRN Melaka: Biar rakyat menghakimi sikap, kenyataan pihak tidak mahu bekerjasama – Azmin
BACA: PRN Melaka: Pas guna lambang PN - Hadi Awang
Mengulas mengenai keputusan Pas untuk bertanding di bawah bendera PN, Sulaiman berkata, itu adalah hak parti tersebut biarpun tindakan itu berkemungkinan akan bercanggah dengan kerjasama yang dimeterai antara Pas dan UMNO melalui Muafakat Nasional.
“Itu saya serahkan keputusan pimpinan (UMNO) di atas. Kita memang ada (persefahaman), Muafakat Nasional itu memang ada. Tetapi setelah diumum Jawatankuasa Pas Pusat nak gunakan bendera PN, itu tujuan dan maksudnya, kita terima,” katanya lagi.
Sualiman berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang menegaskan ketetapan (menggunakan logo PN), mengambil kira panduan yang diberikan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas yang bersidang 31 Oktober lalu.
Firdaus Azil
Tue Nov 02 2021
Sulaiman berkata, adalah sesuatu yang normal untuk ahli-ahli politik membuat kenyataan berunsur populis bagi memenangi pilihan raya. - Gambar fail
Pindaan RUU 588: Satira, parodi bukan lagi jenayah selagi tidak ‘jelik melampau’ - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Rang Undang-undang (RUU) Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menegaskan kebebasan dan hak bersuara rakyat dalam batas yang khusus. Jelasnya dalam pindaan ini, kesalahan dibawah Seksyen 233 tidak lagi menjadikan satira dan parodi sebagai suatu jenayah secara automatik.
Faisal Halim antara 94 penerima Anugerah Sultan Selangor
Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim menerima pingat darjah kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena ulang tahun hari keputeraan ke-79 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Rabu.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Faisal atau dikenali dengan panggilan Mickey antara 94 penerima darjah dan bintang kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Banjir surut, penduduk pulang, tetapi siap sedia kembali ke PPS
Situasi banjir di Terengganu yang mula surut ketika ini membolehkan penduduk terjejas pulang ke kediaman masing-masing, namun mereka sentiasa siap sedia untuk kembali semula ke PPS dalam tempoh Monsun Timur Laut ini.
MTDC perkukuh teknologi tempatan dengan pelancaran dana MySTI
Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) melancarkan Dana Uji Beli (DUB) dan Dana Mudah Cara (DMM) di bawah program MySTI, dalam usaha memperkukuhkan inovasi dan pengkomersialan teknologi tempatan.
Kerajaan pandang serius isu penyamaran nelayan asing
Jika terdapat penyalahgunaan lesen, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 13 Akta Perikanan 1985 termasuk penggantungan atau pembatalan lesen vesel.
Situasi di Semenanjung Gaza semakin merosot - Pegawai PBB
Penyelaras Kanan PBB berkata, sejak April lepas UNSC telah diingatkan mengenai risiko keruntuhan undang-undang dan ketenteraman.
Mahkamah benarkan kerajaan halang PetroSaudi guna dana RM1.61 bilion
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu membenarkan permohonan kerajaan untuk menghalang PetroSaudi International Ltd (PSI) dan pengarahnya, Tarek Obaid, daripada menggunakan dana sebanyak AS$340 juta (RM1.61 bilion) yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan perintah larangan tersebut selepas pihak pendakwa raya berjaya membuktikan melalui afidavit bahawa dana AS$340 juta itu merupakan subjek atau bukti dalam kesalahan pengubahan wang haram.
Kerajaan komited perkasa Ekonomi Perak, tangani cabaran peningkatan populasi menua - Amir Hamzah
Kerajaan komited memperkasakan Ekonomi Perak (Silver Economy) dalam menghadapi cabaran populasi lanjut usia yang semakin meningkat.
Selangor peruntuk hampir RM2 bilion tangani banjir - MB
Kerajaan Selangor menerima teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang serta situasi banjir kilat di negeri itu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, pihaknya telah menubuhkan pasukan petugas khas (task force) untuk menyegerakan usaha pelan mitigasi banjir bagi mengelakkan sebarang kelewatan proses.
Dakwaan hospital swasta tahan jenazah bayi dua minggu disiasat
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta CKAPS telah memulakan siasatan terhadap dakwaan hospital swasta menahan selama dua minggu jenazah bayi hanya kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.