KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan mengadakan majlis perasmian Pelancaran Jentera BN Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) malam ini.

Menurut  Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kemas kini di Instagram malam ini, kompaun itu dikeluarkan Pejabat Kesihatan Kepong di bawah Akta 342 kerana menganjurkan majlis sosial.

Terdahulu, BN mengadakan perasmian Pelancaran Jentera BN PRN Melaka, di di Dewan Tun Hussein Onn WTCKL.


PRN Melaka | BN akan pertaruh muka baharu di PRN Melaka

Antara yang hadir ialah Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Penganjuran majlis sosial itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial dengan banyak pihak mendesak KKM mengambil tindakan tegas terhadap penganjur.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebelum ini mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.