KUALA LUMPUR: Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Norazlanshah Hazali menyifatkan seolah-olah ada pihak cuba menutup peluangnya menjadi wakil rakyat.
Ini sehubungan pemerhatian yang mendapati akaun Facebook miliknya digodam dan tidak dapat diakses sejak 15 November lalu.
"Saya tidak dapat akses segalanya termasuk news feed, saya tak boleh tengok senarai rakan-rakan termasuk notifikasi.
"Saya telah memohon untuk dapatkan semula akaun saya, namun ketika ini masih lagi bermasalah. Seolah-olah ia telah disekat," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Jelasnya, beliau banyak menggunakan platform Facebook untuk berkempen termasuk menangkis tohmahan yang dilemparkan terhadap dirinya.
"Kalau ikutkan, sekatan Facebook ini memang merencatkan perjalanan kempen saya kerana saya ada ramai pengikut di Facebook.
"Baru-baru ini, sewaktu awal kempen, ada yang mengatakan saya ini scammer, antiperubatan moden dan juga antivaksin.
"Jadi, pengikut dan rakan-rakan di Facebook yang banyak membantu dan bagi penjelasan," katanya.
Justeru katanya, beliau kini terpaksa mencari pelbagai alternatif kreatif lain untuk memastikan proses kempennya tidak terbantut.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Nov 17 2021
Calon Bebas kerusi DUN Serkam bagi PRN Melaka, Datuk Norazlanshah Hazali sifatkan seolah-olah ada pihak cuba menutup peluangnya menjadi wakil rakyat. - Foto fail
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Lelaki rempuh kenderaan Kastam, terjun keluar MPV
Seorang lelaki sanggup merempuh kenderaan kastam dan terjun daripada kenderaan pelbagai guna (MPV) yang masih bergerak ketika cuba meloloskan diri bersama dadah bernilai RM3.5 juta di Pokok Sena.
PRN Melaka: 'FB saya disekat, ini cubaan tutup peluang jadi wakil rakyat' - Calon Bebas Serkam
Calon Bebas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Datuk Norazlanshah Hazali sifatkan seolah-olah ada pihak cuba menutup peluangnya menjadi wakil rakyat.
PRN Melaka: Calon bebas DUN Serkam berkuda keliling kampung sambil berkempen
Datuk Norazlanshah Hazali bekas pensyarah universiti awam itu menunggang kuda berwarna coklat di badan dengan tompok putih di kaki.
PRN Melaka: 15 calon Bebas 'bersatu' bawah Gagasan Bebas
Seramai 15 daripada 22 calon bebas yang bakal mempertaruhkan nasib pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini bersetuju berada di bawah satu gabungan dan mewujudkan Gagasan Bebas.