MELAKA: Gagasan Bebas yang terdiri daripada 13 calon Bebas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu ini mengumumkan manifesto mereka jika diberi mandat sebagai wakil rakyat negeri di negeri itu.
Manifesto yang mengandungi 12 inisiatif antaranya menyediakan rumah mampu milik bersaiz minimum 1,000 kaki persegi, menggantikan tanah rizab Melayu yang digunakan, pemodenan industri luar bandar untuk Bumiputera, melahirkan 100 usahawan di setiap daerah setiap tahun dan menaik taraf kehidupan rakyat.
"Selain menaik taraf kehidupan rakyat, menjamin kebebasan dan hak kemanusian dan mengangkat hak asasi dan menyanggah diskriminasi," kata gagasan itu dalam kenyataan semalam.
Terdahulu, seramai 13 daripada 22 calon Bebas mengambil langkah bergabung dan berkongsi manifesto untuk bersama-sama bersaing dengan 90 calon lagi dalam PRN Melaka.
Calon gabungan itu antaranya merangkumi Ariff Adly Mohammad (Telok Mas), Mohd Zahar Hashim (Sungai Udang), Abdul Hamid Mustapah (Bukit Katil), Ahmad Muaz Idris (Ayer Molek), Datuk Kamisan Palil (Kuala Linggi) dan Datuk Dr Norazlanshah Hazali (Serkam).
Turut berada dalam gabungan itu ialah Mohd Akhir Ayob (Asahan), Azefen Amin (Gadek), Mohd Jaini Dimon (Paya Rumput), Azlan Daud (Machap Jaya), Mohd Erfan Mahrilar (Durian Tunggal), Muhamad Hafiz Ishak (Duyong) dan Sabarudin Kudus (Rembia).
Kesemua calon Bebas itu juga menandatangani Akuan Bersumpah (SD) yang antaranya mengelak mencabuli mandat yang diberikan pengundi pada PRN Melaka dengan menyertai mana-mana parti politik sekiranya menang.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021
Pada 8 Nov lalu, 13 calon Bebas mengumumkan penubuhan Gagasan Bebas sempena PRN Melaka. - Gambar fail BERNAMA
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.