KUALA LUMPUR: Sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dapat diadakan, biarlah hanya jentera politik yang berada di negeri itu sahaja terlibat.
Penyelidik di Centre for Electoral Education and Democracy, Amerul Muner Mohammad berpendapat, selain tidak melibatkan jentera politik dari negeri luar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) juga perlu memperluaskan kategori bagi pengundi pos.
“Pilihan raya adalah a game of numbers, semua parti politik, semua orang yang terlibat dalam pilihan raya ingin nampak bilangan penyokong dan juga pengundi yang besar.
“Tetapi inilah yang kita perlu seimbang, bagi saya, kalau pilihan raya di Melaka itu, kita biarlah orang di Melaka sahaja uruskan.
“Kita sudah nampak apa yang berlaku di PRN Sabah sebelum ini, apabila penyokong daripada semenanjung pergi berduyun-duyun ke Sabah dan balik dengan COVID-19, jadi perkara ini harus kita tekankanlah,” ujarnya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
BACA: Politik Melaka: Keputusan kerjasama UMNO di PRN boleh jadi contoh PRU15 - Ahmad Maslan
BACA: Politik Melaka: PN guna strategi sendiri jika UMNO enggan kerjasama untuk PRN - Hamzah
Dalam pada itu, Amerul menjelaskan, sekiranya pengumuman PRN diumumkan minggu depan, undang-undang yang berkuatkuasa adalah undang-undang yang harus diikuti sepenuhnya.
Katanya, pihak SPR boleh cuba mengambil inisiatif untuk memperluaskan kategori bagi pengundi pos sebagai melancarkan proses pilihan raya.
“Undi pos ini sebenanrya dalam takrifan saya, SPR mempunyai kuasa untuk membesarkan kategori pengusi pos.
“Sekarang ini kita ada sembilan kategori dalam undi pos, dan kategori ini boleh diperluaskan, jadi cadangan telah dibuat.
“Saya yakin cadangan tersebut sedang diperhalusi bukan sahaja oleh SPR, malah oleh kerajaan sendiri,” tambahnya.
SPR dijadual mengadakan mesyuarat khas berkaitan urusan PRN Melaka pada Isnin ini sekali gus memberi bayangan rakyat negeri itu akan mengundi sekali lagi bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.
Faris Danial Razi
Sat Oct 16 2021
Amerul Muner berpendapat, selain tidak melibatkan jentera politik dari negeri luar, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) juga perlu memperluaskan kategori bagi pengundi pos. - Gambar Bernama
KPDN gesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan segera kad fleet
KPDN menggesa syarikat kenderaan pengangkutan barangan di Semenanjung Malaysia yang terpilih untuk segera memohon kad fleet.
Pasaran getah Malaysia ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan MRB bagi SMR 20 fizikal berada pada 762 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 717 sen sekilogram.
Kemasukan ke hospital kerana hisap 'vape', termasuk golongan kanak-kanak meningkat 733 peratus dalam 4 tahun
Kemasukan kanak-kanak kerana penyakit berkaitan mengevap merupakan enam peratus daripada jumlah kemasukan keseluruhan dalam tahun 2020.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Forum Umrah dan Ziarah 2024 kini bermula
Setiap tahun, jutaan umat Islam mengembara ke Mekah dan Madinah untuk mengerjakan umrah.
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Bagi mencari penyelesaian yang bermakna buat jemaah, Forum Umrah & Ziarah 2024 menjadi medan penting dalam mengumpulkan semua pemain industri serta pakar berkaitan pendekatan yang lebih baik untuk pengalaman umrah yang bermakna.
#UmrahZiarah2024
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat dijangka selesai esok
Pihak hospital telah menerima sepuluh jenazah anggota TLDM bagi prosedur bedah siasat sekitar jam 6 petang.
Break The Siege: Turki terus diasak kuasa besar untuk batalkan misi
Wartawan Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla di mana Kerajaan Turki dilaporkan terus dilobi beberapa negara kuasa besar bagi membatalkan Misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual berlepas pada 24 April 2024.
Perkembangan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun
Semua jenazah nahas dua buah helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM pagi tadi selamat tiba di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh tepat jam 6.00 petang tadi.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Difahamkan, proses bedah siasat akan dijalankan di hospital berkenaan.
Perkembangan lanjut, kita bersama Ridauddin Daud yang kini berada di Ipoh.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
PRK DUN Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei, penamaan calon 27 April
Hari pengundian awal ditetapkan pada 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.
Kerajaan guna 'delay tactic' elak PRK di enam Parlimen - Noh
Kerajaan akan menggunakan 'delay tactic' untuk memastikan enam Ahli Parlimen daripada Bersatu yang menyokong Perdana Menteri tidak dilucutkan jawatan bagi memberi laluan kepada PRK.
Himpunan #Reformasi100peratus bukan demonstrasi besar - Pengerusi Bersih
Perhimpunan #Reformasi100peratus yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 27 Februari akan datang bukan suatu demonstrasi besar-besaran.
Daftar Pemilih Tambahan Disember 2023 dibuka untuk semakan
Daftar Pemilih Tambahan Bulan Disember Tahun 2023 (DPT BLN12/2023) yang telah diperaku dan diwartakan hari ini, kini dibuka untuk semakan selama 30 hari hingga 17 Feb depan.
Pusat undi PRK Kemaman dibuka
Kesemua 49 pusat mengundi dengan 244 saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman, dibuka 8 pagi ini.
PRK Kemaman: Jangkaan 70 peratus keluar mengundi - SPR
Abdul Ghani berkata, jangkaan itu bagaimanapun bergantung keadaan cuaca hujan yang melanda Pantai Timur termasuk di Kemaman ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kemaman dibuka 9 pagi ini
Tempoh proses penamaan calon adalah selama sejam, sebelum calon yang layak bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRK.
PRK Parlimen Kemaman bermula hari ini
Semua calon mempunyai tempoh sejam hingga 10 pagi untuk menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus pusat penamaan calon.
SPR saran bakal calon PRK Kemaman isi borang, buat semakan awal sebelum hari penamaan
Semua bakal calon PRK Parlimen Kemaman disaran mengisi borang dan membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri Terengganu.