KUALA LUMPUR: Data terkini cerapan sistem maklumat geografi (GIS) di Melaka menunjukkan faktor kaum, sentimen tradisi dan tawaran kebendaan tidak lagi menjadi kayu ukur untuk parti politik mencatur kemenangan mereka.
Menurut penyelidik di Jabatan Geografi, Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Rosmadi Fauzi, kini didapati semakin ramai pengundi tidak tetap pegangan mereka pada satu-satu parti dan penilaian mereka lebih berdasarkan rasional terhadap nilai-nilai tidak tampak yang ditampilkan calon dan parti yang diwakilinya.
Terutamanya golongan muda, mereka melihat pihak mana yang mampu memperjuangkan tentang kualiti kehidupan rakyat, dan tidak lagi berteraskan taat setia tidak berbelah bahagi seperti generasi terdahulu.
“Saya lihat pengundi atas pagar ini semakin ramai. Dahulunya mereka sangat tegar pada satu-satu parti tetapi apabila saya bercakap dan bersembang dengan mereka, mereka bercakap tentang hak, tentang hal-hal bukan material.
“Dan saya tengok profil itu adalah berlawanan dengan hipotesis yang ada,” jelasnya.
Kata Rosmadi, perubahan ketara ini harus diberi tumpuan dan diperhalusi oleh para pemain politik kerana pengundi masa kini lebih bijak menilai kualiti yang ditampilkan dan khidmat yang ditawarkan oleh mereka yang mahu menjadi wakil rakyat.
Menurut beliau, ia juga secara langsung memberi petunjuk kepada pola perubahan pemikiran pengundi secara amnya di negara ini menuju Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan kunjung tiba tidak lama lagi.
Katanya, dalam berdepan cabaran membaca dan memahami perubahan pola ini, pemain politik khususnya mereka yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka juga diuji dengan norma baharu berkempen.
Rosmadi berkata, terutamanya buat 80 peratus muka baharu yang tampil menjadi calon kali ini, cara mereka memperkenalkan diri kepada rakyat dan bertapak dalam arena politik juga tidak lagi boleh dengan cara lama.
Israr Khalid
Tue Nov 16 2021
Bendera Parti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan mula dipasang bagi menghangatkan suasana kempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka di Kampung Sempang dekat Merlimau, hari ini. - Gambar fail/BERNAMA
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.