AYER KEROH: Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan diterjemahkan di seluruh negara dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.
Menurut Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, kemenangan BN itu membuktikan bahawa rakyat mendambakan kestabilan politik seperti sebelum ini.
"Dengan kemenangan ini, ia mengiktiraf permintaan rakyat yang mahukan kestabilan politik supaya kembali di negeri Melaka dan Insya-Allah kestabilan politik ini akan diterjemahkan di seluruh negara.
"Hari ini, isyarat yang jelas dah diberikan rakyat negeri Melaka, mereka mengundi selaras kestabilan politik demi negeri Melaka yang menjadi teras kepada aku janji BN," jelasnya dalam sidang media di sini, malam ini.
Beliau turut menzahirkan penghargaan atas mandat yang diberikan rakyat kepada parti itu untuk menerajui Melaka.
Tambah Ahmad Zahid, perubahan sikap rakyat dalam menyokong BN itu akan diterjemahkan dengan khidmat kepada rakyat.
"Ia memperlihatkan perubahan sikap rakyat atau pengundi di Melaka yang telah kembali menyokong semula BN.
"Sokongan rakyat Melaka amat dihargai BN, saya bagi pihak seluruh kepimpinan... semua peringkat dengan rasa rendah diri berterima kasih kepada rakyat Melaka yang telah beri peluang sekali lagi kepada BN.
"Alhamdulillah, kemenangan BN dalam PRN Melaka sungguh besar ertinya. Ia memperlihatkan perubahan sikap rakyat khususnya pengundi Melaka yang telah kembali sokong semula BN," jelasnya lagi.
BN berjaya memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dalam pilihan raya itu.
Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi empat kerusi DUN dan Perikatan Nasional (PN) pula dua kerusi DUN.
Fareez Azman
Sat Nov 20 2021
Ahmad Zahid berkata, perubahan sikap rakyat dalam menyokong BN itu akan diterjemahkan dengan khidmat kepada rakyat. - Gambar/ Bernama
Polis kesan wanita dakwa akan langsung perkahwinan bersama Tengku Hassanal
Polis telah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Insiden jenazah bayi dibeku tidak patut berlaku, tiada pihak minta bantuan MAIS
Insiden jenazah bayi didakwa disimpan di dalam peti sejuk lebih dua minggu di sebuah hospital swasta di Klang disebabkan bapa tidak mampu melunaskan bil tidak sepatutnya berlaku.
Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.
Penganggur didenda rakam video tiga wanita dalam tandas
Seorang penganggur didenda RM14,000 oleh Mahkamah Majistret Seri Manjung pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan mengaib kehormatan tiga wanita, minggu lalu.
Saya tidak berdendam, jumpa di akhirat - Najib Razak
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu bahawa beliau tidak berdendam dengan pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya, sehingga beliau dituduh melakukan penyelewengan dana 1MDB.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
Menurut beliau, pihak terbabit akan bertanggungjawab atas pembohongan, pengkhianatan dan pencabulan undang-undang di akhirat kelak.
PM tegaskan tidak pernah berdendam dengan Tun M
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
[INFOGRAFIK] Monsun Timur Laut | Kos Keseluruhan Pembaikan Jalan Rosak
Berikut adalah info berkenaan dengan Monsun Timur Laut, kos keseluruhan pembaikan jalan rosak.
Konten forum tidak melibatkan MCMC secara terus- Fahmi
Menurut Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, "Mekanisma yang sedia ada termasuk konten forum yang merupakan satu badan bebas yang telah diwujudkan dan tidak melibatkan MCMC secara terus, ini adalah satu badan yang membolehkan semua pihak termasuk industri menyatakan pandangan tentang apa yang dimaksudkan dengan jelek atau jelek melampau." Menjawab kepada pindaan RUU SKMM dibawa kepada jawatankuasa khas tetapi tidak RUU CMA.
#AWANInews
#AWANInews
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.