SHAH ALAM: Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah), masing-masing akan menerima seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk dicalonkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Bagaimanapun beliau memberitahu bahawa keputusan untuk mencalonkan dua bekas ADUN terbabit, Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan akan dimuktamadkan sebelum majlis pengumuman calon pagi ini.
“Setakat yang saya faham, PKR hanya memilih satu, Amanah memilih satu (Datuk Seri Idris Haron dan Datuk Nor Azman Hassan).
"Walau bagaimanapun, akan dimuktamadkan pada lewat malam ini atau Insya-ALLAH, esok pagi sebelum kita umumkan calon.
“Saya mohon maaf kalau ada sedikit berbeza pandangan dengan beberapa rakan yang selama ini konsisten menyokong kita,” katanya pada sidang media berkaitan PRN Melaka yang disiarkan melalui Facebooknya pada Jumaat.
BACA: PRN Melaka: PH bincang kedudukan empat bekas ADUN petang ini - Anwar
BACA: PRN Melaka: DAP tewas undian PH, kekal prinsip tolak 4 ADUN berpaling tadah
Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan, dalam konteks Melaka, beliau dimaklumkan empat ADUN yang terlibat menyokong PH untuk mengembalikan mandat gabungan itu dan tindakannya tidak sama dengan orang yang mengkhianati amanah dalam pilihan raya.
“Mereka berundur daripada parti mereka untuk mengembalikan mandat kepada PH, itu naratifnya. Walaupun ada berbeza pendapat, ada yang tidak setuju namun saya hanya menyampaikan alasan atau naratif yang dikemukakan.
“DUN sudah bubar. Soal lompat parti dan anti lompat parti tak berbangkit dan mereka bukan lagi ADUN.
"Mereka ini sekarang, memerlukan mandat baharu jadi terpulang kepada parti untuk menerima atau tidak,” ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Nov 05 2021
Anwar berkata, dalam konteks Melaka, tindakan empat ADUN yang terlibat menyokong PH untuk mengembalikan mandat gabungan itu tidak sama dengan orang yang mengkhianati amanah dalam pilihan raya. - Foto Sinar Harian
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).