MASJID TANAH: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara bakal menyaksikan saingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Ia melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin serta calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan.
Perkara itu diumumkan Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Tanjung Bidara, Mohamad Farid Othman jam 10.30 tengahari tadi.
Terdahulu, Calon PH Zainal Hassan menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.02 pagi.
Ia kemudian diikuti calon PN, Mas Ermieyati pada jam 9.12 pagi serta calon BN, Ab Rauf pada jam 9.15 pagi.
Beliau berkata demikian ketika mengumumkan pengesahan pencalonan bagi DUN terbabit di Dewan Kompleks Japerun Tanjung Bidara, di sini.
Terdahulu, Zainal calon terawal tiba di Pusat Penamaan Calon kira kira jam 8.08 pagi bersama seorang penyokong dan pencadang.
Ini kemudian disusuli Ab Rauf yang tiba kira kira jam 8.40 pagi diiringi bekas Perdana Menteri yang juga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak.
Hanya berselang sembilan minit, calon PN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Mas Ermieyati pula tiba di pusat bersama penyokong dan pencadang.
Fareez Azman
Mon Nov 08 2021
Kerusi DUN Tanjung Bidara bakal menyaksikan saingan tiga penjuru dalam PRN Melaka kali ini.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRN Melaka: "Di sini saya bersekolah, semangat untuk berkhidmat semakin membara" - Ab Rauf
Sebaik melangkah ke Sekolah Kebangsaan Jeram, semangat Ab Rauf untuk berkhidmat kepada masyarakat setempat terus membara.
Dilabel 'pengkhianat': Saya tetap bantu rakyat walaupun sehelai surat sokongan - Mas Ermieyati
Beliau tekad meneruskan tugas meskipun persepsi negatif terhadapnya sudah bertapak sejak tiga tahun lepas.
PRN Melaka: 'BN bertembung PN, saya harap PH menang' - Zainal
Meskipun mengakui pertandingan di DUN terbabit bukan kerja mudah, Zainal yakin banyak perubahan dan pembelaan dapat dibawanya jika dipilih pada 20 November depan.
PRN Melaka: Sah tiga penjuru di N.02 Tanjung Bidara
Ia melibatkan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin dan Zainal Hassan.