MELAKA: "Mereka baru menabur janji, saya sudah lama menabur bakti", itu prinsip yang dipegang calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu Datuk Norhizam Hassan Baktee yang juga penyandang di kawasan itu.
Moto itu bukan omong kosong tetapi menurutnya, ia telah diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai wakil rakyat kawasan berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk setempat.
"Saya mungkin agak celupar, tetapi daripada masalah longkang sampai ke sebesar-besar masalah, Insya-Allah saya akan selesaikan.
"Saya takde IR (Insinyur kelayakan sebagai jurutera), tapi saya ada JR (Jiwa Rakyat), itu kita kena ada sebagai wakil rakyat, Insya-Allah rakyat akan menilainya, jika terus diberi mandat saya akan teruskan kerja-kerja sebagai wakil rakyat iaitu membantu penduduk selesaikan pelbagai masalah," katanya ketika ditemui Bernama di Pantai Peringgit di sini.
Terkenal dengan jolokan 'YB Viral', anak jati Pengkalan Batu berusia 56 tahun ini berkata masalah perparitan yang menyebabkan banjir dan masalah anak muda yang hilang pekerjaan akibat pandemik COVID-19 akan menjadi antara perhatian utama jika beliau terus diberikan amanah sebagai wakil rakyat.
Tidak gentar dengan empat lagi saingannya, Norhizam yang menggunakan logo kunci pada pertandingan kali ini, mempertaruhkan prestasinya untuk dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan itu.
Norhizam yakin dirinya akan mencipta sejarah sebagai calon Bebas dengan mempertahankan kerusi Pengkalan Batu sambil menegaskan persepsi wakil rakyat Bebas tidak boleh buat kerja di kawasan, perlu ditangkis.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan menyokong gabungan tertentu bagi membentuk kerajaan negeri demi terus memberikan perkhidmatan terbaiknya kepada pengundi.
"Saya tidak boleh fikirkan diri sendiri dalam soal ini, saya akan melihat tawaran yang dipelawa kepada saya, dan pastinya ia bersyarat. Tidak kira gabungan mana pun, jangan buat perangai lama, itu syarat saya," katanya yang akan memikirkan tentang sebarang tawaran, hanya jika beliau sah menang selepas hari pengundian nanti.
Menyentuh mengenai sentimen pengkhianat dan gelaran 'katak' kepadanya, Norhizam membidas kenyataan tersebut sambil menyatakan perkara tersebut dibuat kerana tidak mahu terus melihat kerajaan negeri melakukan penyelewengan yang disifatkannya sebagai kemungkaran.
"Saya nak perbetulkan sentimen terhadap saya, saya bukan pengkhianat, bukan katak tetapi saya penyelamat, jika saya dan tiga lagi tidak berbuat demikian, maka kita akan terus melihat perkara tidak betul dalam kerajaan, parti tidak salah, yang salah pemimpinnya, kalau ada siapa yang kata katak tu, datang jumpa saya, saya 'sekolahkan' dia," katanya.
Meninjau di ruangan Facebooknya 'Aku YB Ke Kau YB?, Norhizam berkata selain semua kerja-kerja di kawasannya direkodkan di laman itu, ia juga menjadi saluran untuk beliau mengambil maklum segala aduan masyarakat selain bertemu secara fizikal.
Beliau berkata pendekatannya di dalam sidang DUN mungkin dilihat kasar, tetapi beliau berkata karaktor tersebut adalah sifat semulajadinya dan menegaskan ia penting untuk beliau membawa suara rakyat menerusi persidangan DUN.
"Saya bukan berlakon, itu memang diri saya. Dalam dewan saya memang lawan, tetapi di luar dewan saya kawan, bersama penduduk saya lebih selesa berlembut, makcik pun boleh menangis dengan saya, sebolehnya saya tidak mahu meletakkan sempadan dengan masyarakat, saya mahu kekal menjadi wakil rakyat yang mudah didekati," katanya.
Norhizam yang pernah menyandang jawatan Timbalan Pengerusi DAP Negeri Melaka 'menawan' kerusi Pengkalan Batu di bawah Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dengan majoriti 2,756 dan dilantik sebagai Exco Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan Negeri.
Beliau kemudian keluar dari DAP dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mengambil alih kerajaan PH di Melaka pada Mac 2020 dengan mengekalkan portfolio yang sama atas tiket Bebas.
Bagaimanapun pada Okt lepas, Norhizam bersama-sama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menarik sokongan terhadap BN menyebabkan DUN Melaka terbubar dan PRN terpaksa diadakan, 20 Nov ini.
Pada PRN Melaka Norhizam akan berdepan pertembungan lima penjuru dengan calon muda Muhamad Danish Zainudin (PH), Mohd Azrudin Md Idris (PN), Dr Mohd Aluwi Sari (Putra) dan Datuk Kalsom Nordin (BN).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 15 2021
Norhizam bersarapan serta beramah mesra bersama penduduk setempat di Medan Selera Pantai Peringgit, Melaka, 13 Nov, 2021. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Rafizi jemput @YBViral berdepan, henti selindung identiti dan budaya sebar pembodohan
Rafizi berkata surat jemputan telah dihantar kepada individu tersebut, untuk menghadiri podcast berkenaan pada 8 Januari 2024
PRN Melaka: Saya tiada IR, tapi saya ada 'JR' - YB Viral yakin prestasi tiga tahun beri kelebihan
Moto itu telah diterjemahkan sejak tiga tahun lepas apabila beliau sebagai wakil rakyat berjaya menyelesaikan pelbagai masalah penduduk.