SEREMBAN: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan akan melancarkan manifesto sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ahad ini, kata Datuk Seri Aminuddin Harun.
Pengerusi PH Negeri Sembilan itu berkata perkara tersebut telah dimuktamad melalui perbincangan bersama Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Jawatankuasa Manifesto kedua-dua gabungan politik.
"Yang pastinya manifesto itu akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan dan tambah baik daripada manifesto lepas supaya masyarakat mendapat nikmat daripadanya," kata beliau kepada pemberita selepas beramah mesra dengan orang ramai di sini hari ini.
Pada PRN 12 Ogos ini, Aminuddin mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat yang disandangnya sejak 2008 dan berdepan saingan empat penjuru menentang Ahmad Raihan Muhamad Hilal daripada Perikatan Nasional (PN) serta dua calon Bebas iaitu Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.
Pilihan Raya Umum ke-14 di Negeri Sembilan yang memiliki 36 DUN menyaksikan PH menguasai 20 kerusi, DAP (11), PKR (6), Amanah (tiga) manakala BN 16 (UMNO 15 dan MIC satu) dan PH-BN perlu mendapat majoriti mudah dua pertiga atau 19 kerusi untuk membentuk kerajaan pada PRN kali ini.
Aminuddin juga optimis bahawa satu atau dua kawasan yang dikategorikan 'kelabu' akan dapat 'diputihkan' dalam masa terdekat menerusi komitmen berterusan semua calon PH dan jentera pilihan raya yang turun padang bertemu semua pengundi di kawasan masing-masing.
"Ada satu dua agak kelabu pada peringkat awal tapi sekarang nampak sinar... kita fokus kawasan berkenaan... menjelang dua tiga hari nanti, ia akan berubah... kita cuba pertahankan 19 kerusi kita manakala BN juga yakin peroleh 17 kerusi," katanya.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata perjalanan kempen yang memasuki hari ketujuh berjalan lancar dan sokongan masyarakat terhadap PH-BN termasuk pengundi muda kini menunjukkan peningkatan.
"Hanya ada satu dua kawasan saya pantau lebih dan perjumpaan bersama pengundi dipertingkat. Yang lain berjalan lancar dan kempen disusun dengan teratur... dari segi kepimpinan, cabang dan jentera tak ada masalah cuma ditumpukan di peringkat akar umbi terutama ranting.
"... saya yakin Negeri Sembilan tak seperti negeri lain, saya tak nampak anak muda beralih sokong pembangkang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 04 2023
AMINUDDIN: Yang pastinya manifesto itu akan memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhan dan tambah baik daripada manifesto lepas supaya masyarakat mendapat nikmat daripadanya. -Gambar fail/Bernama
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Lapan bulan tidak cukup perjelas kerjasama PH-BN - Adun Lenggeng
Tempoh lapan bulan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan tidak mencukupi untuk menjelaskan kerjasama yang terjalin antara gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) ketika ini.
Calon MB Negeri Sembilan, Aminuddin atau Jalaluddin?
Teka-teki calon Menteri Besar Negeri Sembilan sama ada dari Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) hanya akan terjawab pada Isnin.
PRN: Tewas lima kerusi, amaran daripada rakyat - Aminuddin
Pengerusi PH Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan kegagalan mempertahankan lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN semalam sebagai amaran daripada rakyat.
'Lepas PRN pun tiada kerja lain, asyik provokasi orang', kata Aminuddin kepada Peja
Cadangan daripada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hanya untuk tujuan provokasi terutamanya untuk akar umbi parti.
PRN: Cuti peristiwa khas Isnin ini di Negeri Sembilan
Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan cuti peristiwa khas pada Isnin selepas gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Negeri Sembilan.
PRN: Aminuddin pertahan kerusi DUN Sikamat
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.
[RASMI] PRN: Anthony Loke pertahan Chennah
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengalahkan sahabat baiknya yang juga calon Perikatan Nasional (PN) Rosmadi Arif sekali gus mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah.
PRN: Warga emas meninggal dunia selepas rebah di pusat mengundi
Slug : Ajal selepas celuBelum sempat mengundi, seorang wanita warga emas rebah sebelum meninggal dunia ketika hadir untuk menunaikan tanggungjawab di Sekolah Kebangsaan Rokan, di sini pagi tadi.p jari
PRN: Eddin Shazlee, Danni, Rafiei antara calon MB daripada PN di Negeri Sembilan?
PN Negeri Sembilan menegaskan parti itu mempunyai calon Menteri Besar berkaliber untuk memimpin negeri tersebut.
PRN: Mungkin ada kejutan namun sukar buat PN tawan Negeri Sembilan - Penganalisis
Menggunakan analogi kereta, kalau sebelum ini kempen bergerak pada gear satu, di minggu terakhir ini lazimnya sudah di gear lima, pecutan pun makin laju.