ALOR SETAR: Proses pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini hampir selesai sepenuhnya.
Menurut Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid, hanya perbicangan di dua kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi DUN telah dipanjangkan dan dibawa ke kepimpinan tertinggi kedua-dua parti di peringkat Pusat bagi menentukan keputusan akhir serta menyelesaikan perkara berkenaan.
Tambah beliau, situasi berkenaan berlaku susulan terdapat pertindihan tuntutan daripada pihak BN dan juga PH di dua kerusi berkenaan.
Jelas bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu lagi, perbicangan kedua-dua parti itu juga banyak menjurus kepada usaha bagi memastikan representasi atau wakil daripada BN dan PH yang seimbang di kesemua 15 Parlimen di Kedah.
"Kerusi penyandang memang hak kepada parti (yang menang pada Pilihanraya Umum ke-14) itu, tetapi dalam (perbincangan antara BN dan PH) ada juga (keputusan) terletak kepada budi bicara,
"(Perkara ini) disebabkan, (ia) melibatkan representasi parti di suatu tempat (atau Parlimen), apabila ada Barisan Nasional, ada (juga) Pakatan Harapan dis itu, jadi apabila (ada) Pakatan Harapan, ada (juga) Barisan Nasional, jadi (perkara) itu nampak setakat ini okey, lebih kurang macam itu kita punya usaha (untuk) ke arah itu," kata beliau.
Mahdzir berkata demikian ketika ditemui media selepas Mesyuarat Penyediaan Manifiesto Barisan Nasional Kedah sempena Pilihan Raya Negeri di Pejabat UMNO Kedah, Bangunan Tunku, Alor Setar malam tadi (Jumaat).
Mesyuarat berkenaan, jelasnya, banyak menyentuh kepada penawaran baharu daripada parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan khususnya BN dalam merencana pelan melibatkan golongan wanita, belia, dunia digital, pembangunan ekonomi, pelancongan, pertanian, pendidikan serta kesejahteraan rakyat.
Pada Selasa, Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan menuntut bilangan kerusi yang lebih besar berbanding dengan parti-parti lain adalah perkara biasa yang menjadi adat dalam proses rundingan untuk menghadapi pilihan raya termasuk melibatkan PH dan BN di negeri itu.
Bagaimanapun, jelas bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu, perkara tersebut boleh diselesaikan dengan kedua-dua pihak mencari titik persamaan selain mengetepikan perbezaan.
Mahdzir sebelum itu menjangkakan pembahagian kerusi antara gabungan berkenaan dengan PH melibatkan 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah bagi menghadapi PRN adalah hampir 'sama-rata'.
Abd Hadi Che Awang
Sat Jun 17 2023
Proses pembahagian kerusi DUN untuk ditandingi Barisan Nasional dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah kini hampir selesai sepenuhnya, kata Mahdzir Khalid. - Gambar fail
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
PRN: Pembahagian kerusi DUN Kedah bagi BN, PH hampir selesai - Mahdzir
Hanya tinggal dua daripada 26 kerusi DUN sahaja yang perlu 'diselesaikan' di peringkat kepimpinan Pusat.
PRN: Pas dan Bersatu P.Pinang capai persefahaman dalam soal pembahagian kerusi
Pas dan Bersatu Pulau Pinang setakat ini telah mencapai persefahaman dalam soal pembahagian 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.