KUALA LUMPUR: Rundingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi memuktamadkan pertindihan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, akan diselesaikan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan dalam masa terdekat.
Pengarah Komunikasi PH Fahmi Fadzil berkata perkara itu tidak menjadi satu isu kerana beliau yakin soal pertindihan kerusi antara dua gabungan itu akan diselesaikan secara baik.
"Rundingan akan dilakukan secara dalaman, seterusnya apabila ada keputusan (baki sembilan kerusi) itu yang mana (kerusi) untuk PH dan BN, maka mereka (BN) bebas buat keputusan untuk meletakkan mana-mana parti komponen di kerusi berkenaan, begitu juga PH untuk meletakkan mana-mana rakan parti gabungan," katanya.
Menteri Komunikasi dan Digital itu ditemui pemberita selepas menghadiri Seminar ConnectASIA 2023 di Royale Chulan Damansara hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Kamil Othman.
Fahmi bagaimanapun tidak mendedahkan kerusi DUN mana yang menjadi pertindihan antara PH dan BN.
Ahad lepas Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telah selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH, namun terdapat pertindihan di sembilan daripada sejumlah 245 kerusi DUN yang dipertandingkan.
Enam negeri yang akan berhadapan PRN adalah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Sementara itu mengulas dakwaan Timbalan Presiden Pas Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa Kerajaan Perpaduan yang mentadbir Putrajaya ketika ini akan tergugat dan tidak mustahil untuk jatuh sekiranya keputusan PRN di enam negeri memihak kepada Perikatan Nasional, Fahmi menyifatkan ia satu kenyataan yang melanggar titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
"Sultan Johor dah bertitah, sudah-sudahlah itu (berpolitik). Sebagai orang lama, pemimpin kanan parti, tidak molek beliau berkata begitu, kecuali jika Tuan Ibrahim berhasrat untuk derhaka titah itu lah.
"Lagipun beberapa pemimpin juga sebelum ini dah cakap, saya ulang, ini ialah PRN, apa-apa keputusan di dalam PRN tidak akan memberi kesan kepada sebarang kerusi di peringkat persekutuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 20 2023
Fahmi bagaimanapun tidak mendedahkan kerusi DUN mana yang menjadi pertindihan antara PH dan BN. - Foto Bernama
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRN: Pertindihan kerusi PH-BN akan diselesaikan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Rundingan antara PH dan BN bagi memuktamadkan pertindihan sembilan kerusi DUN yang akan ditandingi pada PRN akan diselesaikan Majlis Perundingan Kerajaan Perpaduan.
Anwar, Ahmad Zahid akan selesaikan pertindihan kerusi PH, BN
Pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk Selangor akan diselesaikan oleh pemimpin tertinggi kedua-dua gabungan parti.
PRN Johor: Ini bukan antara MUDA dan Keadilan semata-mata - Calon DUN Larkin
Rasid berkata, jika kemenangan berpihak kepada MUDA atau Keadilan, ia membawa maksud yang sama, kerana mereka berada pada pihak yang sama.
PRN Johor: Kecewa dengan MUDA, namun PKR tidak akan ambil langkah serupa - Syed Ibrahim
Syed Ibrahim berkata, keputusan itu diambil bagi menghormati rakan-rakan komponen Pakatan Harapan, iaitu Parti Amanah Negara dan DAP.
MUDA umum calon di Larkin, bertembung dengan PKR
Pencalonan Ketua Penerangan MUDA Johor itu menyaksikan bakal berlakunya pertindihan kerusi melibatkan PKR yang turut meletakkan calon di DUN tersebut.
PRN Johor: 'Biar rakyat Johor tentukan' - Komen Syed Saddiq jika pertindihan kerusi tidak dapat dielak
Syed Saddiq berkata, MUDA sentiasa komited berterusan untuk mengelakkan pertindihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang.
'Pilihan raya seperti menu makanan, lebih banyak pilihan lebih bagus'
Terbaharu, seramai 150 ahli UMNO Sepanggar yang membuat keputusan untuk keluar parti dan menyertai Parti Warisan Sabah pimpinan Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Pilihan raya Sarawak: Saifuddin dipilih urus pertindihan kerusi Pakatan Harapan
Nurul Izzah berkata ia bagi memastikan hanya pertandingan satu lawan satu pada pilihan raya itu yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.