PRN Sabah: 58 peratus keluar mengundi setakat 3 petang - SPR

Bernama
September 26, 2020 08:16 MYT
SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini. - Gambar fail/Astro AWANI
Sebanyak 58 peratus pemilih berdaftar di Sabah telah keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah setakat 3 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Jumlah itu meningkat empat peratus berbanding pada 2 petang.
SPR menyasarkan antara 70 hingga 75 peratus pemilih keluar mengundi sehingga pusat pengundian ditutup sepenuhnya pada 5 petang ini.
Sebanyak 2,540 saluran di 741 pusat mengundi dibuka di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan rakyat Sabah memilih kerajaan baharu pada PRN ke-16 ini.
Proses pengundian yang melibatkan 1,088,711 pengundi biasa, dikendalikan 17,257 petugas pilihan raya sehingga waktu mengundi tamat.
BACA: Untuk liputan komprehensif PRN Sabah klik di sini!
BACA: LAPOR LANGSUNG: Hari Penentuan di Sabah

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera, Statistik Keluar Mengundi Biasa Bagi Pilihan Raya Umum (PRU) DUN Sabah ke-16 pada jam 3.00 petang : Peratus Keseluruhan : 58% Sumber: Bahagian PAD, SPR

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) September 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
-- BERNAMA
#keluar mengundi #kerajaan #pilihan raya #PRN Sabah #Sabah Memilih #SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya