PRN Sabah: BN sekutu bertembung adalah politik norma baharu - Bung Moktar

Assim Hassan
September 13, 2020 13:03 MYT
BUNG: Sebab itu dulu kita bertanding atas dasar kuota tetapi kali ini kita bertanding kerana mahu menang. - Gambar fail/BERNAMA
Pertembungan 17 kerusi melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) disifatkan politik norma baharu, kata Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau yang juga Pengerusi BN Sabah berkata, apa yang dilakukan pihaknya adalah untuk memastikan calon yang ditampilkan menang pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini.
“Sebab itu dulu kita bertanding atas dasar kuota tetapi kali ini kita bertanding kerana mahu menang.
“Sebelum kita letak calon (BN) kita telah membuat tinjauan beberapa tahun di Kawasan-kawasan itu. Walaypun saya tahu ada gagasan yang kecil hari tetapi percayalah saya ini adalah Langkah untuk menang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertembungan 17 kerusi melibatkan BN, PN dan PBS.
Kerusi tersebut adalah Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan, Tambunan and Tanjung Aru.
#Barisan Nasional #Bung Moktar Radin #kuota #mahu menang #Perikatan Nasional #Pilihan Raya Negeri Sabah #PRN Sabah #Sabah Memilih