Dalam langkah mengejut, Barisan Nasional (BN) akan bertembung dengan sekutunya, Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) di 17 daripada jumlah 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 Sept ini.
Kerusi tersebut adalah Bengkoka, Telupid, Lumadan, Matunggong, Tandek, Kadamaian, Kapayan, Karamunting, Melalap, Sook, Bingkor, Moyog, Tulid, Paginatan, Liawan, Tambunan and Tanjung Aru.
Sebilangan besar kawasan pilihan raya tersebut terletak di kawasan pedalaman, tengah dan bahagian utara Sabah.
Mereka bukan sahaja bersemuka antara satu sama lain, malah mempunyai calon daripada gabungan Warisan Plus iaitu terdiri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan), DAP dan Amanah serta beberapa parti lain dan calon Bebas.
Pada PRN kali ini, BN terdiri daripada UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sementara sekutunya PN terdiri daripada Bersatu, STAR Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama PBS.
Sebelum hari penamaan calon hari ini, mereka telah bersetuju menggunakan logo parti masing-masing pada pilihan raya kali ini.
Di samping 17 kerusi tersebut, pertarungan sengit dapat dijangkakan di kerusi DUN Api-Api dengan penyandang Timbalan Ketua Menteri dan Pengerusi PKR Sabah Datuk Christina Liew dicabar oleh barisan pemimpin parti dan calon berwibawa dalam saingan sembilan penjuru.
Antara pencabar utama termasuk Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) Datuk Chin Su Phin, bekas ADUN dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai dan Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Pang Yuk Ming dan peguam terkenal Marcel Jude iaitu calon Bebas.
Dalam satu lagi kerusi 'panas' melibatkan penyandang kerusi DUN Sulaman selama enam penggal, Datuk Seri Hajiji Noor, iaitu pengerusi Bersatu Sabah yang akan dicabar oleh anak saudaranya Datuk Aliasgar Basri mewakili Warisan.
Aliasgar merupakan timbalan ketua kepada Hajiji semasa kedua-dua mereka menganggotai UMNO Bahagian Tuaran.
Calon PCS Datuk Rekan Hussien turut menyertai saingan tiga penjuru bagi kawasan pilihan raya itu.
Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Hajiji, yang bertanding di atas tiket BN menang dengan majoriti 7,774 undi menewaskan dua pencabar lain masing-masing daripada parti Warisan dan Parti Harapan Rakyat Sabah.
Secara keseluruhan, tiada pertandingan satu lawan satu susulan kesemua kerusi akan menyaksikan pertembungan pelbagai penjuru dengan minimun tiga penjuru dan maksimun 11 penjuru. Saingan lima, enam dan tujuh penjuru menjadi ciri umum pada pilihan raya negeri kali ini.
PCS, diterajui bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, akan bertanding di kesemua 73 kerusi dikuti Warisan (53), Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) (47), LDP (46), BN (41) dan 29 kerusi oleh PN.
Pencabar utama lain ialah Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan) (28), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) (23), PBS (22), Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) (12) manakala PKR dan parti lain bertanding kerusi angka satu digit.
PRN kali ini menyaksikan 56 calon Bebas dan hanya seorang calon ditolak daripada UPKO kerana tidak layak disebabkan muflis.
Seramai 404 calon lelaki dan 43 wanita bertanding pada PRN Sabah yang diadakan susulan pembubaran DUN, 30 Julai lalu, sehari selepas bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman mendakwa mempunyai majoriti secukupnya untuk mengambil alih kerajaan pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mohd Shafie, yang akan mempertahankan kerusi DUN Senallang, berdepan empat lawan termasuk anak buahnya Norazman Utoh Nain daripada PN.
Bagaimanapun, Musa tidak bertanding kali ini.
Dalam pada itu, bekas menteri Kabinet Persekutuan -- Datuk Darell Leiking, Datuk Seri Salleh Said Keruak, Datuk Mohamaddin Ketapi dan Tan Sri Pandikar Amin Mulia masing-masing turut bertanding di kerusi DUN Moyog, Usukan, Segama dan Pintasan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 12 2020
Pada PRN kali ini, BN terdiri daripada UMNO, MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sementara sekutunya PN terdiri daripada Bersatu, STAR Sabah dan Parti Maju Sabah (SAPP) bersama PBS.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.
Mahkamah tolak rayuan calon BN, Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah
Mas Ermieyati kekal Ahli Parlimen Masjid Tanah selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan calon BN untuk membatalkan kemenangannya dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).