Barisan Nasional (BN) sedang menyusun kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, pada 26 September ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN telah pun bersedia untuk mengumumkan senarai calon dan kerusi, selain ia dijangka dibuat secara serentak dengan PN pada Rabu.
Jelas Ahmad Zahid lagi, yang juga Presiden UMNO, pengumuman tersebut akan dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
"Kita sedang menyusun agar kerjasama dapat dibuat antara BN dan juga PN, tetapi juga putuskan tempat dan juga masa jika asas telah sama-sama kita capai nanti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pelancaran Jentera BN untuk PRN Sabah di gelanggang tenis berbumbung Sutera Harbour, Kota Kinabalu, pada Selasa.
Sementara itu, mengulas mengenai jumlah kerusi dan calon bertanding, Ahmad Zahid turut mendedahkan ianya sudah selesai kira-kira 95 peratus.
BACA SEMUA BERHUBUNG POLITIK SABAH DI SINI:
* PRN SABAH
"Jumlah kerusi saya dapat jaminan daripada Datuk Seri Bung Moktar, sekitar 95 peratus telah kita selesaikan.
" Insya-Allah dengan tidak mendahului Datuk Bung Seri Bung Moktar, saya bagi empowerment atau kuasa sepenuhnya untuk beliau mengumumkan jumlah kerusi dan nama-nama calon berkenaan," katanya.
Tambah beliau, untuk PRN kali ini, BN tidak akan membuat sebarang manifesto, sebaliknya menggantikannya sebagai akur janji terhadap rakyat di negeri Sabah.
"Manifesto ini selepas hari penamaan calon, sebagaimana yang kita ketahui, hari penamaan calon adalah pada 12 September ini dan kita akan buat pengumuman tentang akur janji ini.
"Kita tidak menamakan manifesto tetapi kita namakan sebagai akur janji BN Sabah," katanya.
Untuk rekod, BN Sabah akan mengumumkan senarai calon sekitar jam 2 petang pada Rabu di Grand Ballroom, Pacific Sutera, di sini.
Ruzaini Zulkepli
Tue Sep 08 2020
Jelas Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, pengumuman tersebut akan dibuat oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
BN mahu tampil dengan dasar progresif bina masa depan negara - Pengerusi BN
Ahmad Zahid berkata dasar-dasar progresif tersebut akan menjadi keutamaan BN memandangkan isu-isu berkenaan amat dekat dengan generasi baharu.
50 tahun BN: Penjenamaan bina semula identiti parti - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) akan melakukan penjenamaan semula sebagai satu daripada tiga kerangka Moving Forward dalam menyusun semula kekuatan parti dan mengukuhkan kembali sokongan rakyat.
Era baharu BN tidak boleh bergantung kepada Ahmad Zahid sahaja - Dr Akmal
Era baharu Barisan Nasional (BN) tidak boleh bergantung kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semata-mata sebaliknya perlu dimulakan oleh generasi muda yang memimpin gabungan berkenaan.
Sambutan Jubli Emas BN pada 7 Dis - Ahmad Zahid
Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Ke-50 Barisan Nasional (BN) akan diadakan pada 7 Dis ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 November 2024.
Anwar tidak bimbang cubaan hasut Ahmad Zahid
Perdana Menteri menegaskan tidak risau dan bimbang mengenai pendedahan yang dibuat oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengenai cubaan mengagalkan gabungan Kerajaan Perpaduan.
Ahmad Zahid puas hati prestasi menteri, timbalan menteri BN dalam Kerajaan Perpaduan
Ahmad Zahid berkata keutuhan BN menerusi hubungan pemimpin dalam kalangan parti komponen juga amat baik dengan kesemuanya mendukung perjuangan gabungan itu.
BN ketengahkan banyak calon muda, muka baharu pada PRU16 - Ahmad Zahid
BN akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutama dari kalangan anak muda, pada Pilihan Raya Umum Ke-16 akan datang.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Contohi tindakan Hajiji serah siasatan isu rasuah kepada SPRM - Ahmad Zahid
Tindakan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan rasuah membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah harus dicontohi.