Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini.
Ketuanya Datuk Seri Rina Harun berkata senarai itu telah dihantar kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diputuskan.
"Saya telah hantar nama-nama calon wanita ini dan kita mahu calon daripada sayap wanita bertanding pada PRN Sabah ini.
"Keputusannya kita tunggu presiden parti (Muhyiddin) mengumumkannya, saya tidak boleh mendahului presiden saya," katanya.
Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis makan malam sempena program sentuhan kasih Srikandi Bersatu di sini, Khamis malam.
Menurut Rina, setakat ini rundingan antara parti dengan rakan sekutu bagi agihan kerusi masih dijalankan dan belum diketahui jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi Bersatu.
"Cuma saya harapkan sebagai sebuah parti yang begitu prihatin kepada rakyat dan wanita, saya yakin akan ada calon wanita nanti," katanya.
Dalam pada itu, Rina berkata jentera Srikandi Sabah dibawah pimpinan Ketua Srikandi Bersatu Sabah Datuk Azizah Mohd Dun sudah bersiap sedia menghadapi PRN kali ini.
Katanya, sayap wanita itu sudah mula mendekati pengundi di Sabah sejak awal penubuhan parti itu dan momentum itu akan diteruskan pada PRN hujung bulan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 04 2020
Rina berkata senarai itu telah dihantar kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk diputuskan.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Pencemaran sungai Batang Benar: NS tunggu laporan terperinci
Kerajaan Negeri Sembilan sedang menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, berhubung pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai.
Peningkatan usahawan wanita bukti kematangan kendali perniagaan
Peningkatan pembabitan wanita dalam bidang keusahawanan menunjukkan kematangan mereka mengendalikan perniagaan.
PRN Sabah: Srikandi Bersatu senarai 10 nama
Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyenaraikan 10 nama calon wanita daripada sayap itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Blok kerajaan, pembangkang senada sokong RUU Langkah Sementara Pembiayaan Kerajaan COVID-19
Ahli Parlimen blok kerajaan dan pembangkang hari ini senada dalam menyokong Rang Undang-undang Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) 2020.
Ahli Parlimen rakam penghargaan kepada petugas barisan hadapan
Penghargaan terhadap petugas barisan hadapan yang tanpa lelah memerangi COVID-19 menjadi antara tumpuan perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong.
Puteri kongsi gambar lama dipangku Agong sempena Hari Bapa
Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah Al-Sultan Abdullah mencoret ucapan ringkas tapi istimewa ini untuk ayahanda baginda.
COVID-19: MARA umum RM6 juta insentif tambahan, bantu usahawan terjejas
Ia dijangka memanfaatkan 600 usahawan di bawah MARA.
PH tidak sempurna, namun tiada salah guna kuasa - Anwar
Anwar berkata, pemerintahan PH lebih terarah kepada cara memperbaiki serta menguruskan pentadbiran negara yang lebih bertanggungjawab.
Azizah Dun dilantik Pengerusi Mara baharu
Watikah pelantikan disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad dilakukan secara dalam talian, pada Jumaat.
Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
Kesemua 31 menteri kabinet hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati hari ini.