PRN Sarawak: 23,043 mengundi awal hari ini

Astro Awani
Disember 13, 2021 22:30 MYT
Hari ini bakal berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Hari ini bakal berlangsung proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Ia bakal melibatkan 23,043 pengundi terdiri daripada 12,585 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta 10,458 anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) juga pasangan.
Pengundian awal ini melibatkan 69 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata menerusi satu kenyataan memberitahu, 85 pusat pengundian awal dengan 111 saluran akan dibuka mulai 7.30 pagi hingga 5 petang.
Lebih 5,000 pegawai dan anggota polis ditugaskan untuk mengawal keselamatan serta memastikan proses pengundian awal berjalan lancar.
Pusat mengundi awal terdiri daripada dewan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah (IPD), rumah-rumah persatuan keluarga polis, pusat-pusat sumber, bilik rekreasi, bilik mesyuarat dan juga sekolah-sekolah.
#PRN Sarawak #undi awal #Mancha Ata #Polis ATM PGA