MIRI: Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang tidak menolak sekiranya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) meletakkan namanya sebagai calon untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pujut dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
Jelas Pengerusi SUPP cawangan Pujut itu, beliau menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk kepimpinan parti demi meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan berkenaan.
“Jika dicalonkan untuk mewakili SUPP di kerusi Pujut tentunya ini adalah satu peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik.
“Kemungkinan saya akan dicalonkan itu ada dan jika ia menjadi realiti, saya percaya mampu meraih sokongan daripada penduduk di kawasan berkenaan,” katanya semasa ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival Kerjaya kolaborasi bersama SABERKAS Piasau dan PERKESO Miri di sini hari ini.
Tambah Adam, kerusi Pujut yang dipegang oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP) selama dua penggal memberi cabaran besar buat SUPP.
“Namun waktu telah berubah, pelbagai isu telah ditimbulkan oleh calon DAP di kawasan itu maka isunya juga berubah-ubah, kali ini kita akan lakukan yang terbaik jika diberikan peluang oleh rakyat.
“Bagi saya, siapapun calon wakil rakyat yang akan bertanding di Pujut perlu seseorang yang sentiasa mempunyai masa untuk rakyat dan sentiasa ada bila masa diperlukan.
“Maka ini yang kita sentiasa laksanakan secara konsisten berkhidmat kepada rakyat walaupun kenyataannya kita sukar untuk menang di kawasan Pujut sebelum ini,” katanya.
Pengerusi DAP Chong Chieng Jen pada Jumaat, mengumumkan 18 calon awal yang akan bertanding dalam PRN12 Sarawak termasuk Setiausaha DAP Sarawak, Alan Ling Sie Kiong di DUN N.74 Pujut.
Untuk rekod, calon SUPP pada PRN11, Hii King Chiong kalah di kerusi DUN Pujut dengan calon DAP, Dr Ting Tiong Choon dengan majoriti besar 1,759 undi.
Kemudian Ting dilucutkan kelayakan sebagai ADUN pada Mei 2017, kerana memiliki dua kewarganegaraan iaitu Australia dan Malaysia sekaligus mengosongkan kerusi DUN tanpa penyandang sehingga hari ini.
Nuzuluddin Abdul Razak
Sat Nov 27 2021
Adam Yii Siew Sang percaya mampu meraih sokongan daripada penduduk di Pujut sekiranya dipilih menjadi calon SUPP. - Foto Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.