KUCHING: Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian hari ini melancarkan manifesto bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah.
Dengan tema 'Majulah Batu Kawah', manifesto itu menggariskan empat tunjang utama yang memberi tumpuan kepada pembangunan holistik untuk tempoh lima tahun.
"Manifesto saya yang pertama adalah menjaga isu rumah, pendidikan dan nilai muni.
"Kedua, meningkatkan taraf hidup dan infrastruktur. Kemudiannya, meningkatkan taraf hidup dan ekonomi digital.
"Terakhir, adalah dengan membangkitkan kemakmuran Sarawak dan mewujudkan Batu Kawah 2.0,” katanya.
Jelasnya, manifesto tersebut menjadi asas pembangunan berterusan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun menerusi proses pemulihan pasca COVID-19.
Malah, kata Dr Sim ia turut merangkumi rancangan jangka masa panjang dan pendek.
Antara pembangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan tersebut termasuklah stesen Petros, rumah mampu milik Sri Pertiwi dan kamera litar tertutup (CCTV) pintar.
Dengan mandat yang diberikan katanya, pembangunan di kawasan Batu Kawah akan terus terjamin.
“Lebih banyak pembangunan akan dilakukan seperti sistem dron untuk memantau keselamatan setempat, pusat kanser Sarawak dan pasar basah yang mampu menempatkan 400 peniaga,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan SUPP Batu Kawah di sini.
Kerusi DUN Batu Kawah bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang diwakili Kelvin Yii Lee Wuen, Chai Kueh Khun dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) Fong Pau Teck mewakili Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI).
Pada PRN11, Dr Sim memenangi kerusi Batu Kawah selepas meraih 6,414 undi menewaskan calon DAP, Christina Chiew Wang See (4,329 undi) dan calon Bebas, Liu Thian Leong (1,109 undi).
Afiezul Samit
Thu Dec 09 2021
Dr Sim berkata, manifesto tersebut menjadi asas pembangunan berterusan yang akan dilaksanakan sepanjang tempoh lima tahun menerusi proses pemulihan pasca COVID-19. - Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN Sarawak: Dr Sim tidak akan 'tengok saja' Batu Kawah
Kui Hian menang dengan majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.
PRN Sarawak: Berkempenlah secara bersih dan adil - Presiden SUPP
Hindari penyebaran berita palsu, fitnah dan penyalahgunaan media sosial dalam menyebarkan perkara tidak sahih.
'Tambah wakil Ahli Dewan Negara dari Sabah, Sarawak'
Penambahan jumlah wakil Ahli Dewan Negara dari Sabah dan Sarawak harus dipertimbangkan bagi menguatkan lagi suara wakil-wakil rakyat di Kepulauan Borneo.
Langkah kawalan dan pencegahan di lokaliti kejadian rabies
Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiga kanak-kanak termasuk dua beradik di daerah Serian, Sarawak dijangkiti virus rabies.
Empat pemimpin SUPP bakal berdepan tindakan disiplin, kata Chin
SUPP akan mengambil tindakan sewajarnya, termasuk pemecatan, terhadap empat pemimpin yang didakwa terlibat mensabotaj parti semasa PRU13.