Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian meluahkan rasa kecewa beliau dengan keputusan Ketua PKR Mas Gading, Boniface Willy Tumek yang mengumumkan peletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti itu.
Baru bagaimanapun menghormati keputusan yang dibuat Boniface namun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
“Saya sangat bersimpati, beliau adalah salah seorang pemimpin PKR di Sarawak. Kami benar-benar kehilangan kerana beliau telah menunjukkan kepimpinannya.
“Beliau seorang yang berintegriti, itulah sebabnya beliau menjalankan tugas sebagai naib pengerusi dengan baik,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Baru dalam pada itu enggan mengulas dakwaan Boniface bahawa PKR tunduk kepada DAP dalam rundingan pengagihan kerusi yang berakhir minggu lalu.
“Saya tiada komen tentang itu. Beliau telah menyatakan pandangannya dan saya simpati dengan situasi yang dihadapinya,” ujarnya.
Rundingan kerusi yang diketuai Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berakhir Khamis lalu dan menyaksikan DAP mendapat 29 kerusi termasuk beberapa kawasan yang ditandingi PKR sebelum ini.
Namun, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chien Jien menegaskan partinya juga telah berkorban dengan melepaskan beberapa kerusi, antaranya Batu Kitang yang berpotensi dimenangi partinya.
Menurut Boniface, DAP mendapat kerusi itu walaupun PKR telah menamakannya sebagai bakal calon di sana, dan tinjauan ramai yang menunjukkan PKR mendapat lebih banyak sokongan di Tasik Biru berbanding DAP.
Boniface meletakkan semua jawatan dan keluar parti pada 17 April lalu, selepas PKR gagal mendapatkan kerusi DUN Tasik Biru untuk ditandinginya, sebaliknya memberikannya kepada DAP untuk bersaing dengan calon langsung BN, Henry Harry Jinep.
Boniface turut berkata PKR juga gagal mendapatkan pencalonan untuknya bertanding pada PRU ke-13 yang lalu, apabila kerusi Parlimen Mas Gading diberikan kepada DAP.
Harits Asyraf Hasnan
Thu Apr 21 2016
Baru Bian kecewa dengan keputusan Ketua PKR Mas Gading, Boniface Willy Tumek (gambar) yang mengumumkan peletakan jawatan sekali gus keluar daripada parti itu. -Gambar fail
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Laluan Buduk Nur, Ba Kelalan berbahaya, perlu dibangunkan segera - Baru Bian
ADUN Ba'Kelalan, Baru Bian berharap jalan raya menghubungkan Buduk Nur dengan sempadan Kalimantan, Indonesia dinaik taraf secepat mungkin kerana terlalu berbahaya untuk dilalui kenderaan.
[RASMI] PRU15: Henry Sum Agong menang di Lawas, tewaskan Baru Bian
Henry Sum Agong berjaya mempertahankan kerusi P.222 Lawas meskipun berdepan calon 'heavyweight', Baru Bian.
PRN Sarawak: Baru Bian kekal penguasaan di Ba'kelalan
Baru Bian yang bertanding atas tiket Parti Sarawak Bersatu (PSB) memperoleh 2,687 undi menewaskan pencabar terdekatnya Sam Laya dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dengan majoriti 680 undi.
PRN Sarawak: Masyarakat Lun Bawang Ba'kelalan bersama saya - Baru Bian
Baru yang dalam misi mempertahankan kerusinya di Ba Kelalan tidak risau dengan pilihan sejumlah 8,503 pengundi kawasan tersebut biarpun berdepan empat pencabar.
PRN Sarawak: Dua bekas menteri persekutuan antara 69 calon PSB
Dua bekas menteri persekutuan merupakan antara 69 calon Parti Sarawak Bersatu (PSB) diletakkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.
PRN Sarawak: Lebih ramai lebih meriah, Baru Bian sedia pertahan DUN Ba'kelalan
Baru Bian bersedia mempertahankan kerusi DUN Ba'Kelalan yang dimenanginya sejak dua penggal lalu.
PRN Sarawak: Perbincangan kerjasama PH-PSB tergendala - PKR Sarawak
Permintaan agihan kerusi yang bertindih jadi punca rundingan PH dan PSB di Sarawak tergendala buat masa ini.
Percepatkan PRN Sarawak tindakan tidak bertanggungjawab - Baru Bian
Tindakan Gabungan Parti Sarawak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Negeri Ke-12 disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.
Baru Bian positif COVID-19, tidak hadir persidangan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian mengesahkan beliau tidak dapat menghadiri sidang Parlimen yang bermula esok kerana disahkan positif COVID-19.
Siapa Ketua Menteri Sarawak kalau PSB menang PRN12?
Adakah Datuk Seri Wong Soon Koh atau Baru Bian akan dicalonkan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu dari Parti Sarawak Bersatu (PSB)?