MIRI: Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) sudah mengenal pasti nama calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Setiausaha Agungnya Datuk Sebastian Ting hari ini.
Ting mengakui sudah ada perbincangan yang dijalankan SUPP untuk menamakan calon yang akan diberikan mandat parti bagi bertanding dalam PRN Sarawak yang dijangka bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
"Ya, sudah ada nama calon. Tetapi biar presiden parti (Datuk Seri Dr Sim Kui Hian) (yang akan umumkan)," katanya ringkas kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau ditemui ketika menghadiri upacara Pecah Tanah Gereja Holy Spirit Bandar Permyjaya yang dirasmikan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin merangkap Naib Presiden SUPP.
Pada 24 Okt lepas, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilaporkan berkata gabungan itu akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.
GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP dan Parti Demokratik Progresif (PDP).
Pada PRN Sarawak ke-11, SUPP bertanding sebanyak 13 kerusi dan memenangi tujuh kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin, Batu Kawa, Batu Kitang, Simanggang, Repok, Meradong dan Piasau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 05 2021
Ting mengakui sudah ada perbincangan yang dijalankan SUPP untuk menamakan calon yang akan diberikan mandat parti bagi bertanding dalam PRN Sarawak yang dijangka bakal dilaksanakan dalam masa terdekat ini. - Gambar fail
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
PRU15: Tiada istilah kerusi tumpuan, SUPP mahu menang di semua tujuh kerusi- Dr Sim
SUPP mengesahkan kekal bertanding di semua tujuh kerusi tradisi parti itu tanpa sebarang perjanjian pertukaran di saat akhir antara komponen parti lain yang bersama di bawah naungan GPS.
'Nama saya dicalonkan parti di Parlimen Bandar Kuching tetapi...' - Eric Tay
Malah nama Eric telah dihantar kepada Jawatankuasa Pusat Pilihan Raya Parlimen SUPP bulan lalu sebelum diputuskan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
PRU15: SUPP mampu menang tujuh kerusi tradisi - Abang Jo
Pencapaian yang cemerlang SUPP semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 lalu bukti kejayaan parti tertua di Sarawak itu kembali mendapatkan keyakinan rakyat khasnya komuniti Cina di negeri itu.
Tembok Kota Sentosa 'runtuh' selepas tiga penggal
Selepas tiga penggal mencuba, akhirnya Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) berjaya menawan Kota Sentosa pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).
PRN Sarawak: Dr Sim tidak akan 'tengok saja' Batu Kawah
Kui Hian menang dengan majoriti 5,393 undi selepas memperolehi 7,827 undi menewaskan tiga pencabarnya.
SUPP kini bersaing dengan beberapa parti lagi untuk raih sokongan kaum Cina
Kali ini SUPP akan bertanding di 18 kerusi, dengan 15 daripadanya memiliki majoriti kaum Cina dan tiga lagi kawasan majoriti Dayak.
PRN Sarawak: Jangan mainkan isu perkauman - Dr Sim
Tiada tempat untuk isu kehormanion kaum dijadikan modal kempen pilihan raya di Sarawak, kata Presiden SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
PRN Sarawak: PSB mahu perubahan, SUPP kata perlu realistik
Soon Koh menjelaskan misinya hanya satu untuk memastikan sentimen perubahan yang didengarinya dan dimahukan rakyat dapat direalisasi.
PRN SARAWAK: SUPP akui persaingan sengit kerusi DUN kawasan bandar
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) mengakui persaingan sengit perebutan kerusi DUN di kawasan bandar terutamanya melibatkan pengundi majoriti masyarakat Cina dalam PRN12.
PRN Sarawak: SUPP serah 20 nama kepada Abang Jo - Dr Sim
Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata mengikut tradisi, SUPP bertanding di 20 kerusi pada PRN.